• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejatuhan Mosul & Aleppo: London Dalam Bahaya?

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA reaksi dunia terhadap keselamatan antarabangsa berikutan kejatuhan Daesh di Mosul dan Aleppo dalam tempoh 24 jam.

Sudah pasti para inteligen sudah menjangkakan, akan wujud reaksi ganas militan Daesh sebagai tindak balas setelah tewas di Iraq dan Syria?

Berdasarkan perkembangan semasa, London nampaknya menjadi fokus utama serta lokasi panas sasaran tindak balas Daesh.

Walaupun Tentera AS yang membantu kerajaan Iraq merampas kembali Mosul pada 29 Jun lalu, namun berdasarkan fakta semasa, London terdedah sebagai sasaran mudah Daesh.

Tahun ini saja, tiga serangan besar dilancarkan Daesh dalam tempoh enam bulan. London benar-benar dijadikan sasaran keganasan militan Daesh.

Serangan Westminster terjadi pada 22 Mac di London, England. Serangan itu berlaku di Jambatan Westminster, di Dataran Parlimen dan di dalam kawasan Istana Westminster.

Serangan bukan konvensional, di mana pengganas menggunakan kereta untuk merempuh pejalan kaki sebelum keluar dan menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.

Serangan itu membunuh tiga pejalan kaki, seorang anggota polis dan seorang pengganas.

Manakala 50 mangsa cedera. Empat disahkan kritikal dan dua lagi dirawat sebagai nazak.

Penyerang dikenali sebagai Khalid Masood.

Pada 3 Jun lalu, serangan dilakukan di Southwalk, London.

Tiga penyerang menggunakan van lalu merempuh jambatan dan pedestrian sebelum keluar dan menyerbu Pasar Borough lalu menikam mangsa secara rambang.

Serangan menggunakan pisau seramik itu menyebabkan 8 mangsa terbunuh.

Polis berjaya menembak mati tiga penyerang.

48 mangsa disahkan cedera dengan 21 dirawat sebagai kritikal.

Namun, tragedi yang paling ditakuti ialah serangan di Manchester Arena pada 22 Jun lalu, ketika konsert bintang pop remaja Ariane Grande.

Konsert yang dihadiri 21 ribu penonton berakhir dengan serangan pengeboman.

22 penonton disahkan terbunuh manakala 59 yang lain dirawat kerana kecederaan.

Serangan itu menggunakan teknologi alat letupan reka ganti dan dianggap sebagai serangan berani mati.

Militan Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap siri serangan di London itu.

Semua gelombang serangan itu terjadi ketika tentera AS sedang membantu tentera Iraq melancarkan serangan udara dan darat bagi merampas Mosul.

Status Mosul sebagai Bandar Negara Khalifah yang diisytiharkan Abu Bakar Al Baghdadi, pada 12 Jun 2012 menyebabkan militan Daesh di seluruh dunia berasa marah.

Akhirnya pada 29 Jun, Iraq mengesahkan tentera kerajaannya berjaya menawan Mosul setelah empat tahun memerangi penguasaan Daesh.

Nasib Deash makin teruk. Pada 30 Jun, Syria mengumumkan kubu kuat Daesh di Aleppo sudah ditewaskan. Malah, ribuan saki-baki militan Daesh dilaporkan lari berundur ke zon pedalaman di Hama dan Raqqa.

Justeru, kekuatan Daesh di Iraq dan Syria telah musnah. Sejarah empat tahun kehebatan Daesh memerintah dengan berpusat di Mosul dan Aleppo kini berakhir.

Justeru, kita boleh menduga bahaya seterusnya. Daesh takkan mengalah sepenuhnya. Lebih banyak serangan bom bunuh diri akan dilakukan di Iraq dan Syria.

Cuma bagi sel di luar Asia Barat – Apakah tindakan mereka?

Sudah pasti akan ada respon. Selain di Indonesia yang turut menjadi sasaran serangan Daesh, dunia pasti lebih memerhatikan eropah terutama Britain.

Daesh ibarat harimau luka. Awas, ia akan berbuat apa saja! – MYNEWSHUB.CC

Tags: DaeshLondon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TPM: Tiada Lanjutan Tempoh Permohonan E-Kad

Next Post

Ini Baru Bajet! Berdiri Dalam Pesawat Bajet Colombia

Related Posts

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

Jabatan Akauntan Negara Kesan Penipuan Dana Awam RM10.4j Di Jabatan Persekutuan

20/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesan penipuan dana kerajaan berjumlah RM18 juta sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2024,...

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Next Post

Ini Baru Bajet! Berdiri Dalam Pesawat Bajet Colombia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd