• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejam! Kucing Ditemui Mati Terbakar 40 Peratus

oleh
19/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJAM! Jijik dan tidak berperikemanusiaan!  Apa lagi kata-kata yang sesuai untuk dilabelkan kepada mana-mana individu yang dengan sengaja menganiaya haiwan comel seperti kucing ini?

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seekor kucing berwarna jingga persis kartun Garfield dijumpai mati dengan kesan terbakar di sebelah badan kanannya yang dijumpai di sebuah pusat pengajian tinggi di Putrajaya.

Posting pertama yang dimuat naik di laman Kelab Pencinta Kucing Malaysia itu telah mendapat perkongsian sebanyak 606 kali dan perbuatan itu dikutuk sehabisnya oleh netizen yang tidak dapat menerima keadaan kucing tersebut. Mana tidaknya, hampir 40 peratus badan kucing ini dibakar.. Masih nampak lagi kesan hitam akibat terbakar itu.. Allahuakbar….

“Aku terkejut pagi ini, Sampai-sampai saja di tempat kerja, ternampak sekujur tubuh kaku tak bernyawa. Sedih dengan manusia zaman sekarang ini. Apalah salah kucing ini sampai tergamak membunuh dan membakarnya sehingga mati?

“Kejadian ini berlaku di sebuah pusat pengajian tinggi,” kata individu yang tidak didedahkan namanya.

Berdekatan bangkai kucing itu dijumpai puntung rokok yang mungkin sengaja ditinggalkan oleh si pembunuh atau hanya kebetulan? Bayangkan bagaimana keadaan kucing itu ketika badannya dibakar dengan kejamnya!

Adakah ketika itu dia sudah mati atau dibakar secata hidup-hidup? Namun jika diperhatikan, posture badan kucing itu seperti sengaja diletakkan begitu.

Berikut merupakan komen marah daripada netizen:

Kepada para penzalim haiwan sekalian, tahukah anda jika perbuatan keji anda yang menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan kepada haiwan ini serta diketahui oleh pihak berkuasa, anda bakal didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ingatlah bahawa kucing merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W.  Jangan la kalian sanggup menzalimi haiwan yang tidak berdosa ini. Bersikap zalim kepada manusia pun dah berdosa, inikan zalim pada haiwan… – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Video dibawah sekadar hiasan…

Tags: kucingTerbakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

08/02/2026
0

MUAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) mengesan satu lagi kebakaran semalam membabitkan kawasan hutan Paya Gelam, Mukim Jorak, Pagoh seluas...

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd