• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran Gajah Di Ladang Dumpas Perkara Biasa

oleh AK-47
26/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kehadiran sekumpulan gajah di kawasan perumahan pekerja ladang di ladang kelapa sawit Dumpas dekat jalan Kalabakan-Tawau petang semalam dianggap perkara biasa oleh penduduk di kawasan tersebut.

Pengurus Ladang Dumpas Mohd Rahmat berkata gajah itu berkeliaran masuk kira-kira pukul 2 petang dan dipercayai untuk mencari makanan.

Namun, katanya,  bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku pasukan pemantau gajah Dumpas bersama anggota Jabatan Hidupan Liar telah menghalau keluar gajah tersebut ke kawasan hutan berdekatan.

“Kumpulan gajah ini kerap dikesan berkeliaran di beberapa kawasan ladang dan pihak kami memantau rapi kehadiran haiwan liar terbabit dengan membuat rondaan setiap waktu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, setakat semalam dilaporkan tiada kejadian kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan ekoran kehadiran gajah tersebut.

Dalam pada itu menurut Mohd, haiwan berkenaan bukan sahaja berkeliaran di kawasan Dumpas malahan berada di kawasan termasuk Brumas, Cenderamata, Benta Wawasan, kawasan Kalabakan, dan Felda Umas.

Katanya selain kewujudan pasukan pemantau gajah Dumpas, Sabah Softwood Berhad (SSB) turut mengambil inisiatif sama menubuhkan pasukan memantau hidupan liar yang diletakkan di bawah seliaan Jabatan High Conservation Value Forest (HCVF).

“Katanya, pasukan HCVF ini akan bekerjasama dengan pasukan pemantau gajah Dumpas serta Jabatan Hidupan Liar dalam memantau gajah-gajah yang berkeliaran masuk ke kawasan SSB.

Jabatan Hidupan Liar akan memasang tag leher kepada gajah ini untuk memudahkan ia dikenal pasti ,” katanya lagi.

Di samping itu, katanya  SSB turut mengambil inisiatif menyediakan koridor hidupan liar untuk membolehkan hidupan seperti gajah bergerak bebas sehingga ke hutan berdekatan

“Laluan khas ini tembus sehingga ke Hutan Kalumpang dan sepanjang laluan ini turut ditanam pelbagai jenis makanan termasuk tebu dan pisang untuk dimakan gajah-gajah ini ,” katanya.

Semalam kelibat gajah dipercayai dari kawasan hutan berhampiran dirakam penduduk dan tular di media sosial. – BERNAMA

Tags: gajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

Ibu Gajah Kembali Ke Hutan, Bangkai Anak Telah Ditanam

12/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gajah betina yang dilihat 'meratapi' kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori di Lebuh Raya Gerik-Jeli, semalam, sudah kembali...

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

Ibu Gajah Setia Tunggu Anak Jatuh Longkang

04/07/2024
1

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd