• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajol Minat Berlakon Filem Malaysia Jika Skrip Menarik

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu Bollywood, Kajol Ajay Devgan tidak menolak tawaran untuk berlakon dalam filem tempatan jika skripnya baik dan menarik.

Heroin filem Dilwale yang berusia 43 tahun itu berkata sebagai seorang pelakon, beliau lebih mementingkan skrip sesebuah filem yang ingin dibintanginya.

“Skrip saya adalah hero saya dan itulah yang lebih penting. Sudan tentu ya (mahu berlakon), jika ada peluang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan teaser filem baharu lakonannya Velai Illa Pattadhari 2 (VIP2) versi Hindi di Jalan Masjid India di sini malam ini.

Bintang sensasi Bollywood yang muncul semula dalam filem Tamil selepas 20 tahun tidak berlakon dalam filem Tamil, diiringi oleh hero filem tersebut Dhanush Kasthuri Raja dan pengarahnya R.Soundarya yang merupakan anak kepada super star filem Tamil, Rajinikanth.

Kajol turut melahirkan rasa terharunya dengan sambutan yang diberikan oleh kira-kira 2,000 peminatnya yang membanjiri kawasan itu sejak pukul 4 petang tadi untuk bertemu dengannya dan barisan pelakon filem tersebut.

Peminat yang merangkumi pelbagai bangsa bersorak sebaik sahaja Kajol dan Dhanush melangkah masuk ke kawasan tersebut.

Dhanush yang terkedu seketika apabila melihat sambutan peminat Malaysia turut meluahkan perasaan gembira dan yakin filem VIP 2 itu akan pecah panggung.

Beliau juga turut menyanyikan sebuah lagu Tamil berjudul ‘Valkai Thedi’ atas permintaan peminat yang hadir.

Sementara itu Pengarah Urusan Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer yang mendapat hak mengedar filem itu di Malaysia berkata pengedaran dan promosi filem tersebut di negara ini adalah untuk membawa masuk lebih ramai pelancong ke Malaysia melalui industri perfileman.

“Inisiatif ini secara tidak langsung dapat menambah pendapatan negara melalui aliran mata wang dari negara luar,” katanya.

Abdul Malik yang juga penerbit bersama filem lakonan Rajinikanth bertajuk ‘Kabali’ turut berhasrat untuk membawa lebih banyak filem Tamil dan Hindi ke Malaysia bagi tujuan penggambaran.

VIP2 merupakan sekuel daripada filem pertama yang disiarkan pada 2014 yang akan ditayangkan di layar perak dalam tiga bahasa iaitu Tamil, Hindi dan Telegu pada Ogos ini. – BERNAMA

Tags: Kajol
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

56 Kes Gigitan Anjing Dikesan Jabatan Kesihatan Sarawak

Next Post

Buaya Tembaga 3 Meter Ditangkap Di Kampung Ubai

Related Posts

Ratu Bollywood Kajol Gegarkan KL Promosi Filem

28/07/2017
0

PENANGAN Dilwale masih lagi terasa pada peminat filem Bollywood di seluruh dunia termasuk juga di Malaysia. Ratu Bollywood, Kajol, 43,...

Gadis Dari Sabah Digelar Kembar Kajol

18/06/2017
0

JIKA sebelum ini, seorang gadis dari Sabah dikenali Phanthegerow Louiselle digelar kembar artis Hollywood, Selena Gomez, kali ini seorang lagi...

Next Post

Buaya Tembaga 3 Meter Ditangkap Di Kampung Ubai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd