• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juri PABM Cari Pemidato Petah, ‘Berisi’

oleh AK-47
22/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Kira-kira 50 orang peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2017 tiba di Hotel RHR, Universiti Tenaga Nasional Berhad (UNITEN), di sini pada Jumaat, bagi menghadiri sesi taklimat dan suai kenal.

Para peserta penganjuran program kali ke-11 ini berasal daripada pelbagai negara di seluruh dunia seperti Australia, Azerbaijan, China, Korea Selatan, India, Jepun, Chad, Jerman, Mesir, Ma­dagaskar, Uzbekistan dan Pa­lestin.

Kategori Alam Melayu diikuti oleh 10 orang peserta manakala ka­tegori antarabangsa (20 peserta) dan kategori pelajar antarabangsa di Malaysia (22 peserta).

Juri PABM Cari Pemidato Petah, 'Berisi'
Penyelaras Teknikal dan Penghakiman PABM 2017, Dr. Mazlina Mohd. Hussain

Bagi kriteria perjurian tahun ini, menurut Penyelaras Teknikal dan Penghakiman PABM 2017, Dr. Mazlina Mohd. Hussain berkata, peserta pidato haruslah mementingkan isi yang dibahaskan kerana itulah yang akan menyumbangkan markah majoriti.

“Kebanyakan peserta terlalu ‘seronok’ bersyair, berpantun dan menyanyi semasa pendahuluan pidato mereka sehingga masa lima minit yang diberikan tidak cukup dan mengakibatkan mereka tidak berpeluang membahaskan isi-isi penting.”

Menurut Dr. Mazlina lagi, seorang pemidato yang baik mereka perlulah sentiasa bersedia dengan ucapan masing-masing dan tidak tergagap ketika muncul di pentas memandangkan semua aspek itu diambil kira dalam permarkahan.

Juri PABM Cari Pemidato Petah, 'Berisi'

Untuk markah penjurian, sebanyak 40 markah diberikan untuk isi pidato selain permarkahan untuk bahasa sebanyak 35, gaya persembahan (20) dan etika (5) sepanjang tempoh pertandingan iaitu daripada 23 hingga 26 Julai.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyempurnakan majlis perasmian pertandingan akhir PABM pada 26 Julai minggu hadapan pada jam 8 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan seterusnya me­nyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi setiap ka­tegori.

Johan bagi setiap kategori akan menerima piala pusi­ngan Perdana Menteri, piala iri­ngan, wang tunai RM20,000, hadiah i­ringan dan sijil. Naib johan (setiap kategori) akan me­nerima piala iringan, wang tunai RM12,000, hadiah iri­ngan dan sijil manakala tempat ketiga (setiap kategori) akan menerima piala iringan, wang tunai RM8,000, hadiah iring­an dan sijil. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pabmPABM 2017Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kit Siang Yakin Tsunami Melayu Sokong DAP PRU14

Next Post

Comel! Gadis Korea Nyanyi Lagu Bahasa Melayu

Related Posts

Penyertaan Kali Pertama Bawa Tuah – Lisa Shimazaki

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Minat mendalam terhadap bahasa dan budaya asing membawa tuah kepada peserta Jepun, Lisa Shimazaki apabila berjaya dinobatkan sebagai...

PABM: Peserta Jepun Juarai Kategori Antarabangsa

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Peserta Jepun, Lisa Shimazaki menepati ramalan memenangi kategori Antarabangsa pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM)...

Next Post

Comel! Gadis Korea Nyanyi Lagu Bahasa Melayu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd