• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jun Hoong Raih Pingat Emas 10 Meter Platform Wanita

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUDAPEST – Atlet terjun Malaysia, Cheong Jun Hoong masih tidak percaya dia kini bergelar juara dunia apabila meraih pingat emas dalam acara 10 meter platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest.

Pingat emas itu adalah yang pertama buat negara sepanjang penyertaan atlet dalam Kejohanan Akuatik Dunia berkenaan.

Lebih manis, Jun Hoong berjaya memecah dominasi jagoan China dalam acara 10 meter platform wanita berkenaan.

“Oh Tuhan, saya juara dunia!” kata Jun Hoong.

“Saya mengharapkan pingat, tetapi saya tidak menjangka mampu mengalahkan penerjun China,” katanya.

Jun Hoong memenangi pingat emas itu selepas meraih 397.50 mata, menumpaskan juara Olimpik, Ren Qian yang sekadar berpuas hati meraih pingat gangsa (391.95 mata).

Pada kejohanan edisi 2015, Qian memenangi pingat perak acara itu.

Seorang lagi penerjun dari China, Si Yajie meraih pingat perak di belakang Malaysia dengan kutipan 396.00 mata.

Si Yajie yang tewas kepada Jun Hoong dengan perbezaan 1.50 mata mengakui terkejut dengan kekalahannya kali ini.

Ini kerana, penerjun dari China sudah lama mendominasi acara itu di kejohanan dunia dengan memenangi 22 pingat, melebihi 16 daripada negara lain.

“Kemenangan Cheong (Jun Hoong) agak mengejutkan saya, namun saya ucapkan tahniah kepadanya,” kata Si.

Dalam aksi pagi tadi, Kim Kuk Hyang dari Korea Utara, yang memenangi pingat emas pada 2015 sekadar menduduki tempat keempat dengan 388.55 mata. – AFP

https://www.facebook.com/fina1908/videos/1611593135541863/

Tags: Cheong Jun Hoong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cheong Jun Hoong Sah Tarik Diri

03/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara yang juga juara dunia, Cheong Jun Hoong sah menarik diri daripada temasya Sukan Asia...

Azizulhasni, Jun Hoong Ungguli Anugerah Sukan

14/03/2018
0

JAGUH berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan ratu terjun, Cheong Jun Hoong dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan di majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd