• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Sarawak Diarah Pantau Penyakit Rabies

oleh Ahmad Albab
04/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Pendidikan telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memantau perkembangan penyakit rabies atau anjing gila di negeri itu bagi mengelakkan jangkitan dalam kalangan pelajar sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kalamanathan berkata JPN Sarawak juga diarahkan memberi maklumat terkini kepada guru besar dan pengetua sekolah mengenai langkah pencegahan dan kawalan yan perlu dilaksanakan.

“Pihak yang bertanggungjawab perlu mengawal persekitaran sekolah kerana ada di antara kawasan sekitar sekolah yang tidak berpagar terutamanya sekolah yang terletak di kawasan pedalaman,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Desa Pinji dekat Lahat, di sini hari ini.

Sabtu lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiga kanak-kanak termasuk dua beradik berumur empat, enam dan tujuh tahun di daerah Serian, Sarawak dijangkiti rabies yang dinotifikasi dari Hospital Umum Sarawak, Kuching pada 22 Jun lalu.

Dr Noor Hisham berkata siasatan lanjut turut mendapati dua daripada mangsa mempunyai sejarah gigitan anjing lebih kurang sebulan atau dua bulan sebelum mula menunjukkan tanda dan gejala, manakala seorang lagi mangsa tidak dapat dipastikan sama ada terdapat sejarah gigitan anjing atau tidak.

Mengenai bangunan sekolah berkenaan, Kamalanathan berkata Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM2.12 juta bagi pembinaan blok tambahan baharu itu yang dilengkapi sembilan bilik darjah dan sudah digunakan.

Beliau berkata sekolah itu juga mendapat peruntukan khas penyelenggaraan sebanyak RM150,000 bagi tujuan menaik taraf dan kerja-kerja penyelenggaraan.

Dalam pada itu, Kamalanathan berkata SJKT Heawood dekat Sungai Siput di sini bakal dibina tidak lama lagi dan ia merupakan SJKT yang ke-529 untuk masyarakat minoriti itu di negara ini.

Katanya majlis pecah tanah sekolah itu dijangka disempurnakan oleh Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Ogos depan. – BERNAMA

Tags: Rabiessarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd