• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

J/kuasa Memperkasa Mahkamah Syariah Akan Ditubuh

oleh Ahmad Albab
19/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sebuah jawatankuasa khusus bagi memperkasakan mahkamah syariah akan ditubuhkan dengan penyertaan semua majlis agama Islam di setiap negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata cadangan penubuhan jawatankuasa itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

“Antara cadangan yang akan dikemukakan termasuklah meningkatkan mahkamah syariah daripada tiga peringkat kepada lima peringkat yang turut mempunyai mahkamah tengah dan Mahkamah Tinggi Rayuan ataupun yang kita panggil Majlis Rayuan Syariah.

Pemerkasaan mahkamah syariah itu juga akan membabitkan peningkatan jumlah kakitangan di mahkamah syariah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan hampir satu jam dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, anggota Parlimen Kota Bharu merangkap Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha.

Menurut Jamil Khir, keanggotaan jawatankuasa itu juga bakal disertai ahli politik dan penasihat undang-undang negeri berikutan perbincangan mengenai hukum syariah sering menjadi perhatian masyarakat.

Ditanya sama ada jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan bagi membincangkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) tidak berkesan dalam memberi pemahaman kepada masyarakat mengenai undang-undang syariah, beliau berkata ia sebenarnya berkesan apabila ramai yang mula berbincang mengenai undang-undang berkenaan.

“Saya berpandangan sudah sampai masanya untuk kita (lebih memperkasakan mahkamah syariah) sebab kita merasakan dah banyak kali pindaan-pindaan dibuat, tetapi mungkin pada kali ini letusan pandangan itu begitu besar dan ramai orang semacam seolah-olah tidak dapat memahami apa itu pindaan berkaitan RUU355,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd