• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Dinasihat Berehat Secukupnya

oleh Ahmad Albab
22/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADINAH – Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya mendapatkan rehat  secukupnya sebelum berlepas ke Madinah, kata Pengurus Terminal Madinah 1438H Mohamad Zahir Hussin.

Menurut beliau, ini kerana jemaah haji akan melalui proses yang lama bermula dengan urusan  pendaftaran di stesen berlepas masing-masing di tanah air, serta menempuh perjalanan yang jauh ke Madinah dan urusan lain di sini.

“Penerbangan ke Madinah dijangka mengambil masa sekitar lapan jam. Selepas tiba di Madinah, mereka perlu melalui proses Imigresen dan urusan lain sebelum dibawa ke hotel penginapan masing-masing.

Saya nasihatkan jemaah haji agar bersabar kerana proses yang akan dilalui mengambil masa lama,” katanya pada sidang media di sini pada Sabtu, menjelang ketibaan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia di Terminal Khas Haji Lapangan Terbang Putera Mohammad bin Abdulaziz di sini. pada Isnin (24 Julai).

Selepas proses Imigresen dan kesihatan selesai dilakukan pihak berkuasa Arab Saudi, beliau berkata jemaah haji akan dibawa keluar untuk melalui proses lain yang diuruskan pihak pengendali jemaah haji di Arab Saudi (Muasasah) untuk menentukan hotel dan urusan lain.

“Jemaah haji kemudian dibawa ke dewan rehat sementara menunggu bas dan proses pengesahan pasport yang akan diambil oleh Muasasah Arab Saudi. Selepas proses itu selesai, barulah jemaah dibawa  menaiki bas ke hotel masing-masing sekitar Madinah,” kata Mohamad Zahir.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan jemaah haji supaya mendapatkan maklumat terkini daripada Tabung Haji (TH) berhubung jadual penerbangan dan stesen berlepas bagi mengelak berdepan dengan masalah.

“Jemaah haji juga perlu memastikan dokumen penting termasuk pasport, lencana pengenalan haji, buku rekod kesihatan dan lain-lain yang dletakkan dalam beg sandang tidak tertinggal di dalam pesawat,” katanya.

Mohamad Zahir berkata 15 petugas TH akan mengendalikan urusan ketibaan jemaah haji di Madinah bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

“Kebiasaannya jemaah haji, sebaik keluar daripada pesawat apabila mereka melihat petugas haji berada di terminal, itu sudah cukup menenangkan mereka,” katanya.​

Sementara itu, Pengurus Pengendalian Bagasi Madinah 1438H, Ramlan Saino berkata setiap bagasi  jemaah haji akan diletakkan label dan pelekat yang tertera nombor bas serta nama hotel dan nombor bilik di Madinah.

“Petugas haji akan menguruskan penghantaran bagasi jemaah ke hotel masing-masing sekitar Madinah,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd