• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Mengada Nak Bedah Kerana Konon Malu!

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENCERAMAH bebas, Syamsul Debat tampil memberi komen berhubung amalan pembedahan semata-mata untuk kelihatan cantik atau kacak yang semakin menjadi-jadi dalam masyarakat Malaysia.

Bergelar ustaz dan terkenal dengan jenakanya yang sinis dalam siri ceramahnya, beliau berkata, mengubah kejadian Allah dengan alasan malu dengan orang sekeliling sesuatu yang tidak dibolehkan dalam Islam.

Bagaimanapun katanya, dalam Islam terdapat beberapa kelonggaran untuk seseorang itu melakukan sesuatu bagi mengubah fizikal atau kejadian asalnya.

“Kalau buat pembedahan sebab sekadar malu saja tak boleh, sebab pandangan setiap orang tak sama.

“Orang cakap saya tak ‘handsome‘, tapi bini saya cakap ‘handsome’, esok pula jiran kata muka saya kena buat sesuatu, kalau gaduh pasal ni sampai bila pun tak habis,” katanya kepada mStar Online.

Syamsul Debat atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail berkata demikian sebagai mengulas mengenai kesanggupan sekelompok masyarakat yang sanggup berhabisan ratusan ribu ringgit untuk membuat pembedahan semata-mata malu dihina atau diejek hodoh oleh masyarakat sekeliling.

Baca: Lelaki Melayu Ini Berhabis RM200k Untuk Bedah Plastik

Malah, terdapat seorang lelaki yang kini berwajah baharu persis artis K-Pop selepas membuat pembedahan plastik kerana mendakwa wajahnya yang dulu buruk, gelap, hitam dan berjerawat teruk.

Bagaimanapun, katanya membuat pembedahan atau rawatan kerana seseorang itu mengalami masalah kesihatan hukumnya harus.

“Kalau sebab jerawat, parut, ruam yang banyak di mukanya atau yang bernanah kita faham, maknanya kulitnya tak sihat, itu tak jadi masalah.

“Yang jadi masalah muka dah elok tapi nak ubah jadi lebih cantik, yang itu saja-saja mengada memang tak dibenarkanlah,” katanya.

Alasan ‘kerja’ juga merupakan satu lagi contoh yang membolehkan seseorang itu dibenarkan melakukan sesuatu terhadap fizikalnya yang dirasakan bermasalah, tetapi ia tetap tidak boleh dilakukan dengan berlebih-lebihan.

“Mungkin kerjanya kena berdepan orang ramai, kena nampak cantik dan kemas, itu hukumnya harus.

“Tapi janganlah sampai berlebih-lebihan, dia pergi bedah satu badan buang lemak, kecilkan pinggang, lebarkan bibir,” katanya memberi contoh.

Dalam konteks ini, kata Syamsul Amri, Allah telah memberikan yang terbaik untuk setiap makhluk ciptaan-Nya dan ia perlu difahami setiap individu.

Katanya, dalam isu ini, konfliknya adalah antara larangan dan keperluan, justeru terdapat banyak pandangan mengenainya.

“Dalam Islam bila sesuatu itu berlebih-lebihan, memang tak betullah, kalau buat dengan niat baik dan ikut keperluan ia dibolehkan.

“Semuanya berbalik kepada tujuan kita. Kalau ia sehingga mengubah kejadian Allah memang salah, hukumnya berdosa,” katanya. – mStar Online

Tags: pembedahanSyamsul Debat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan – Isteri

15/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,...

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

13/03/2023
0

SINGAPURA - Selebriti Malaysia, Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam Ahad selamat menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd