• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Audit, JPA Bincang Hasil Siasatan Berbeza

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Audit Negara mengadakan perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menyelesaikan masalah ketidakseragaman terhadap hasil siasatan isu punitif oleh Jawatankuasa Siasatan dan Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan dan juga negeri, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

“Analisis Jabatan Audit Negara terhadap maklumat yang diberikan JPA berkaitan status tindakan tatatertib dan teguran punitif di peringkat kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, badan berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri mendapati tindakan yang diambil terhadap kesalahan itu dilaporkan berlakunya ketidaksetaraan dengan keseragaman berbeza mengikut negeri walaupun terhadap kesalahan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri mengenai tindakan terhadap isu laporan Ketua Audit Negara yang dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sini hari ini.

Justeru, Madinah berkata penganjuran persidangan yang julung kali diadakan selama dua hari itu adalah antara mekanisme proaktif untuk meminimumkan perbezaan yang berbangkit antara syor jawatankuasa siasatan di peringkat negeri dengan persekutuan ataupun antara negeri.

Persidangan itu diadakan bagi membincangkan penekanan yang berkesan terhadap tindakan yang boleh dilaksana oleh setiap Setiausaha Kerajaan turut dikongsi bersama-sama dengan 104 peserta yang terdiri daripada 13 SUK negeri unit audit dalam unit integriti, penasihat undang-undang dan perkhidmatan awam negeri.

Dalam pada itu, Madinah berkata Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 Siri 1 yang dijangka dibentang di Parlimen hujung bulan ini masih tetap mengandungi elemen kecuaian, tatatertib, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, salah laku dalam kalangan kakitangan kerajaan.

Beliau berkata setiap penemuan audit telah dilaporkan kepada pegawai-pegawai agensi yang berkenaan, selaras dengan peranan juru audit dalam menjalankan tugas pengauditan secara profesional.

“Laporan yang adil dan seimbang akan dibentangkan pada Parlimen nanti bertujuan menjamin akauntabiliti pengurusan. Laporan itu adalah bukti dan tanggungjawab jabatan dalam menyahut peranan yang diberikan kerajaan bagi memerangi rasuah dan penyalahgunaan dana awam di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Zambry berkata persidangan itu merupakan platform terbaik untuk Jabatan Audit Negara dan negeri-negeri merapatkan jalinan kerjasama selain mempelajari banyak perkara berkaitan.

“Kami di Perak membuka pintu seluas-luasnya untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan kepakaran. Tindakan susulan membuahkan hasil dapatan audit akan menjadi bermakna jika kita menerimanya dengan terbuka dan membuat tindakan susulan,” katanya.

Menurut Zambry kerajaan negeri Perak memandang serius setiap teguran serta hasil audit sama ada oleh Jabatan Audit Negara atau audit dalaman negeri dan menjadikan ia pemangkin kepada tadbir urus yang baik sekali gus menyokong penambahbaikan sistem penyampaian.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mesyuarat Kewangan Negara baru-baru ini memuji langkah proaktif Perak dalam mengutip hasil-hasil tertunggak negeri termasuk melaksanakan perubahan sistem kutipan cukai oleh Pejabat Tanah dan Galian.

“Selain itu, melalui Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) yang telah diaktifkan semula pada tahun 2012, Perak berjaya menguruskan hasil mineral dengan lebih efektif dan mengurangkan banyak ketirisan sebelum ini,” katanya.

“Semua kejayaan itu tidak akan dicapai tanpa pemantauan dan menilai semula setiap pelaksanaan untuk diperkemas. Memanfaatkan audit sememangnya terbukti dapat membantu mengawal ketirisan, meningkatkan pendapatan dan membantu kelancaran pelaksanaan projek untuk rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPAKetua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

Had Umur Persaraan Wajib: JPA Akan Laksana Kajian

06/08/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan kajian had umur persaraan wajib untuk disesuaikan dengan peralihan kepada negara tua. Ketua Setiausaha Negara, Tan...

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd