• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Gambar Seksi, Isteri Hafiz Hamidun Mohon Maaf

oleh AK-47
05/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH semalam apabila Hafiz Hamidun mengaku tidak tahu-menahu mengenai gambar seksi isterinya di Instagram akibat telah disekat daripada akaun sosial media wanita tersebut.

Bagaimanapun hari ini, Joy Revfa, 30, memberitahu bahawa berlaku sedikit kekeliruan berhubung isu tersebut.

Pemilik nama penuh Siti Arifah Mohd. Amin ini berkata, dia enggan memperbesarkan perkara berkenaan demi memelihara kerukunan rumah tangga mereka.

“Sebenarnya berlaku sedikit kekeliruan, itu saja. Buat masa ini saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut bagi menjaga rumah tangga,” katanya ringkas kepada BH Online.

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila gambar promosi produk Merve keluaran syarikatnya tersebar sekali gus dianggap tidak bersesuaian dengan imejnya yang berhijab.

Yang menambahkan kekecohan lagi apabila Hafiz pula memaklumkan tidak sedar kewujudan gambar itu selepas mendakwa disekat daripada melihat akaun Instagram isteri sendiri.

Isu Gambar Seksi, Isteri Hafiz Hamidun Mohon Maaf
Gambar promosi produk Merve yang dikatakan terlalu seksi dan tidak sesuai untuk imejnya sebagai isteri penyanyi nasyid.

“Gambar yang saya kongsi itu berada di papan iklan untuk promosi produk Merve sejak awal tahun ini, iaitu sebelum mendirikan rumah tangga dengan Hafiz.

“Bahagian dada saya pula sudah dipotong supaya tidak menonjol. Kontroversi timbul apabila netizen melihat gambar itu dalam bentuk penuh.

“Apa pun saya memohon maaf atas kekhilafan memuat naik gambar terbabit untuk tujuan promosi produk di Instagram.

“Gambar berkenaan sudah saya padamkan dan berharap perkara terbabit tidak lagi dipanjangkan,” kata Joy.

Usahawan kosmetik itu dan Hafiz berkahwin pada 1 Mei lalu selepas bertunang kira-kira dua bulan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hafiz hamidunjoy revfa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hafiz Menang Saman Kamdar, Mahu Jadi Pengajaran

17/05/2018
0

DISEBABKAN namanya telah disalahgunakan oleh sebuah syarikat tekstil terkenal, penyanyi Hafiz Hamidun mengambil keputusan untuk membawa kes itu ke muka...

Hafiz Hamidun ‘Dirisik’ Ramai Wanita, Tapi…

17/04/2018
0

SEJAK menjalani kehidupan sebagai duda selepas bercerai dengan pengasas Merve Cosmetic, Joy Revfa, penyanyi nasyid terkenal iaitu Hafiz Hamidun tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd