• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Buli Remaja Hamil Luar Nikah Akan Dibincangkan

oleh AK-47
05/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Isu buli dan remaja hamil luar nikah akan dibawa ke mesyuarat Majlis Sosial pada bulan ini dalam usaha kementerian berkaitan menangani kedua-dua gejala berkenaan secara bersama, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

“Saya memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Majlis Sosial bahawa isu buli tidak boleh hanya dikendalikan oleh kementerian saya sahaja.

Maka beliau melihat bahawa isu ini sesuai dibawa ke mesyuarat Majlis Sosial akan datang sebagai salah satu agenda yang akan meliputi kementerian saya, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada media pada Majlis Rumah Terbuka di kementeriannya di sini hari ini.

Bagi isu remaja hamil luar nikah, Rohani berkata walaupun kementeriannya telah menyediakan rumah perlindungan untuk golongan terbabit namun peranan lain juga harus dimainkan oleh kementerian yang berkaitan.

Mengenai Mahkamah Jenayah Khas yang mengendalikan kes melibatkan mangsa seksual kanak-kanak yang bersidang buat pertama kali semalam, Rohani berkata sesi pendengaran bagi kelima-lima kes berjalan dengan baik.

“Apa yang terjadi semalam akan jadi tanda aras dan kita akan lihat sebarang kekurangan dalam pelaksanaannya dan memperbaiki jika ada,” katanya.

Katanya mahkamah berkenaan yang mendengar kes-kes yang berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut menarik perhatian dari negeri lain.

“Sarawak telah menyuarakan minat kerana pada mereka adalah lebih mahal untuk membawa kes-kes berkenaan ke sini dan kerana perjalanan yang jauh kanak-kanak yang sudah trauma tersebut sudah tentu membuatkan mereka lebih penat,” katanya.

Jadi rancangan kita akan datang adalah untuk turut menubuhkan satu mahkamah yang sama masing-masing di Sabah dan Sarawak dan perkara ini akan diusulkan pada kabinet selepas selesai melihat perjalanan kes-kes yang didakwa semalam,” katanya.

Mengulas mengenai pengasuh yang menjaga sehingga sembilan orang anak asuhan termasuk seorang bayi kepada wartawan Sinar Harian yang meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu, Rohani berkata adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan tempah asuhan anak mereka telah didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kita telah menetapkan setiap rumah yang mengambil empat hingga sembilan orang anak asuhan harus berdaftar dengan JKM kerana dari situ kita akan memberi mereka Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara penjagaan bayi dan kanak-kanak.

Selain itu adalah kewajipan untuk pengasuh untuk bertanya sejarah kesihatan anak yang dijaga mereka daripada ibu bapanya,” katanya. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul KarimIsu Buli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Arah Menteri Pendidikan Siasat Isu Buli, Rasis Di Sekolah

Anwar Arah Menteri Pendidikan Siasat Isu Buli, Rasis Di Sekolah

11/12/2022
0

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengarahkan Kementerian Pendidikan menyiasat isu buli dan rasis melibatkan seorang...

Mahkamah JSKK Sarawak Mahu Pantas Selesai Kes

19/04/2018
0

KUCHING - Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) Sarawak menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam tempoh enam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd