• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Harap Suami Hilang Di Laut Ditemui Segera

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Ruhaida Idrus, 33, berharap suaminya yang hilang di laut sejak semalam dapat ditemui segera.

“Saya mahu dia ditemui selamat dan saya sudah bersedia dengan ketentuan Ilahi. Apa pun saya mengharapkan orang ramai terus berdoa agar suami saya ditemui semula,” katanya ketika ditemui di pelantar nelayan Kuala Sala dekat sini hari ini untuk menunggu khabar berita mengenai suaminya Mohd Hafiz Abu Hassan, 36, yang didapati hilang dari bot ketika memancing seorang diri kira-kira 12 batu nautika dari barat daya Kuala Kedah.

Bot Mohd Hafiz ditemui oleh sekumpulan nelayan yang melalui kawasan itu pada pukul 4.30 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat digerakkan sepasukan anggota bot Maritim pada pukul 4.55 petang sebelum dihentikan buat sementara pada pukul 7.30 malam tadi.

Ruhaida yang sedang mengandung enam bulan anak keempatnya berkata dia mengetahui suaminya hilang apabila dimaklumkan rakan suaminya dan jiran terdekat mereka pada pukul 4 petang semalam.

“Mereka kata mereka jumpa bot suami saya yang berpusing-pusing di atas air. Bagaimanapun suami saya tidak ada di atas bot, yang ada hanya bekal nasi lemak, roti dan buah rambutan yang dibawanya,” katanya.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa disambung pagi tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Maritim Hairil Izhar Nor Azmi berkata operasi disambung semula 7.30 pagi membabitkan empat bot APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Katanya seramai 38 anggota dari pelbagai agensI menumpukan pencarian di sekitar 80 batu nautika persegi di mana lokasi Mohd Hafiz dipercayai terjatuh dari bot.

“Setakat 12.30 tengah hari tadi, mangsa belum berjaya ditemui. Setakat ini tiada petunjuk baharu ditemui selain bot gentian kaca milik mangsa yang ditemui petang semalam.

“Keadaan cuaca hari ini hujan dan laut bergelora hingga menyukarkan penglihatan, namun kita akan teruskan mencari berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang ada dengan mengambil kira dari segi air pasang surut dan arah tiupan angin,” katanya. – BERNAMA

Tags: HILANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang remaja Britain berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas dipercayai menaiki penerbangan dari negara itu ke...

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

02/06/2025
0

Kuala Lumpur: Pengembara solo warga British dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah kelab di Bangsar, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd