• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IRM Lancar Program Bantuan Korban Ke 5 Negara Afrika

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENYEDARI 18 juta umat Islam di Afrika Timur kini berdepan dengan kebuluran teruk, Islamic Relief Malaysia (IRM) melancarkan projek bantuan bekalan makanan melalui Qurban Anda Harapan Mereka (QAHM).

Ketua Pegawai Eksekutif IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, langkah itu perlu bagi memastikan rakyat Malaysia ingin mengadakan ibadah korban dapat membantu meringankan penderitaan mangsa kebuluran.

“IRM memberikan fokus khas kepada mangsa kebuluran yang kritikal di Ethiopia, Somalia, Kenya, Malawi, Sudan Selatan dan Sudan,” katanya.

Zairulshahfuddin juga menjelaskan, pada Jun lalu pasukan peninjau IRM berada kem-kem pelarian sekitar Mogadishu untuk menilai keadaan.

“Kami dapati isu makanan sangat kritikal, selain masalah bekalan air. Memandangkan ibadah korban akan dibuat pada Raya Haji, kami cuba mendapatkan peluang membawa daging korban ke kem-kem pelarian,” katanya.

Antara petempatan pelarian yang diberikan fokus ialah di kem SCZ Mogadishu, Kem Danyille di Hodan, Kem Darkenley dan Wadajir serta Kem Puntiland Somalia.

Afrika Timur menghadapi krisis akibat bencana perang sejak tiga dekad lalu dan berdepan masalah kemusnahan hasil tani kerana gelombang kemarau ekuinoks.

Selain Somalia, 18 juta pelarian umat Islam bertaburan di puluhan lagi kem sekitar Afrika Timur.

Antaranya di Hargelle, Chereti, Bare, Elkere, Dekasuftu, Moyale, Ewa, Awra, Awash dan Bidu di Ethiopia.

“Kami sangat mengharapkan rakyat Malaysia yang ingin melaksanakan ibadah korban menyertai program QAHM. Kunjungi laman web atau bubungi kami dengan segara,” kata Zairulshahfuddin.

Bagi umat Islam yang berhajat boleh melayari laman www.islamic-relief.org.com. Atau hubungi talian 03-8926 3434.

Anda juga boleh mengunjungi Facebook IslamicReliefMalaysia atau WhatApps 019 637 9788. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IRMkorban
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Korban Kedua Daripada Nahas Di Plaza Tol Bukit Kajang

Korban Kedua Daripada Nahas Di Plaza Tol Bukit Kajang

05/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lagi mangsa yang terbabit dalam kemalangan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, pada 27 September lalu,...

Lembu Korban Jatuh Perigi

Lembu Korban Jatuh Perigi

08/06/2025
0

KOTA BHARU: Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi semalam, selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd