• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Ini Jubah Atau Dress Perempuan? Gelilah!”

oleh AK-47
02/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LETUSAN idea kreatif anak-anak muda dengan menampilkan pelbagai gaya dan fesyen dilihat mampu memeriahkan lagi suasana di pagi Syawal.

Pada masa inilah pelbagai jenis rekaan baju melayu mahupun jubah dipakai golongan lelaki bagi menghadiri majlis-majlis keraian atau ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri.

Namun apa yang lucunya, setiap tahun pasti ada rekaan yang menjadi kecaman hebat dari pelbagai pihak khususnya dari netizen.

Terbaharu, tindakan seorang lelaki yang tanpa segan silu menggenakan jubah ‘lentik’ rekaannya ketika 1 Syawal baru-baru ini turut menerima nasib yang sama apabila menerima kecaman hebat majoriti pengguna media sosial.

Menerusi beberapa gambar yang kini tular di media sosial, pemuda itu menggayakan ‘busana’ jubah di tengah jalan, selain merakamkan penampilannya dengan bersandar pada sebuah kereta dengan gaya melentik.

"Ini Jubah Atau Dress Perempuan? Gelilah!"

Tidak setakat itu, dia turut memakai satu lagi jubah lentik berwarna kuning sambil berposing bagi menampakkan susuk badannya ditambah pula potongan di bahagian bawah baju itu ala seperti ikan duyung.

"Ini Jubah Atau Dress Perempuan? Gelilah!"

Rekaan dan gaya pemuda tersebut seterusnya mendapat kecaman netizen yang menyifatkan jubah dengan potongan tersebut tidak sesuai untuk dipakai mana-mana lelaki.

“Ini jubah atau dress perempuan. Tak perlulah pelik sangat. Gelilah!” kata Qistina Balqis Musa di laman sosial.

Sementara itu, Ismail Husin pula berkata: “Ini bukan jubah. Siapalah pereka ini. Agak-agaklah, memalukan saja. Pakaian ini lebih kepada kaum Hawa.”

Manakala Abdul Hanif Hadeni pula berkata, dia lebih rela memakai baju ‘pagoda’ dan berkain pelikat daripada perlu memakai ‘jubah’ berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pelikpereka fesyenPondan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

10/01/2025
0

PETALING JAYA: Seorang jurugambar bebas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen...

Aksi Separuh Bogel, Lelaki Pondan Ditahan

30/05/2022
0

SHAH ALAM : Seorang instafamous yang menjadi penganjur majlis hari raya dengan membuat pembakaran bunga api di i-City di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd