• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Sebat Di Tempat Umum Enakmen Diwartakan

oleh AK-47
14/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Hukuman sebat di tempat umum bagi negeri Kelantan akan dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) diwartakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata kerajaan negeri akan mengadakan mesyuarat khusus bagi membincangkan tempat-tempat strategik bagi menjalankan hukuman itu.

“Secara peribadi saya berpendapat tempat umum seperti di dewan, di luar mahkamah atau hadapan masjid boleh digunakan untuk menjalankan hukuman itu, namun kita akan bermesyuarat untuk memperhalusi perkara berkenaan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Semalam, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Mohd Nassuruddin berkata selain rotan, perkara lain yang ditambah baik dalam enakmen itu termasuklah penambahan peruntukan berkaitan khidmat komuniti sebagai hukuman alternatif, yang bersifat mendidik serta membenarkan penggunaan gari dalam penguatkuasaan terhadap suspek.

“Hukuman rotan dalam Islam ini bukan bertujuan untuk mendera tapi lebih kepada mendidik pesalah,” katanya.

Kerajaan Negeri Kelantan, katanya kekal dengan keputusan untuk melaksanakan hukuman itu kepada orang Islam sahaja kerana ia hanya membabitkan undang-undang Mahkamah Syariah Kelantan dan tidak terpakai kepada orang bukan Islam. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Nassuruddin DaudHukuman Sebat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Iklan Indoeskrim Nusantara ‘Tawan’ Internet

Next Post

Selepas 3 Tahun, Neelofa ‘Rampas’ Hak Milik Nora!

Related Posts

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

Hukuman Sebat Bukan Bertujuan Menghukum Secara Kejam – Ketua Hakim Syarie

28/12/2024
0

PUTRAJAYA: Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik, mencegah...

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

Laksanakan Hukuman Sebat Kepada Pati

24/12/2023
0

Kuala Lumpur : Isu lambakan pendatang tanpa izin (Pati) di negara ini dilihat semakin sukar dibendung walaupun kerajaan berusaha melaksanakan...

Next Post

Selepas 3 Tahun, Neelofa 'Rampas' Hak Milik Nora!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd