• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hishammuddin Persoal Pendirian Mahathir Isu Anwar

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan adakah bekas perdana menteri , Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mengambil kira isu moral yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk berbaik semula dengan bekas timbalannya itu.

Beliau berkata hujah yang digunakan oleh Dr Mahathir semasa hendak menyingkirkan Anwar daripada arena politik dahulu adalah berkaitan isu moral.

“Satu perkara yang dikatakan Dr Mahathir kepada saya dahulu bahawa Anwar tidak boleh diterima kerana isu moral, adakah isu moral tidak diambil kira sekarang ini sedangkan ia membabitkan orang yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ketereh, di Kadok, di sini, hari ini.

Hishammuddin menjelaskan semasa Dr Mahathir membuat keputusan untuk menyingkirkan Anwar, beliau (Hishammuddin) merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan diyakinkan oleh Dr Mahathir sebab-sebab Anwar perlu disingkirkan termasuk isu moral.

“Kita terpaksa meletakkan emosi kemarahan dan kekeliruan kita untuk menyokong Dr Mahathir yang merupakan presiden UMNO ketika itu dan satu-satu hujahnya (Dr Mahathir) ialah mesti bersetuju.

“Namun hari ini, pendiriannya tidak konsisten dan mungkin orang yang tidak terlibat ketika negara kita diporak peranda oleh gerakan reformasi dan sebagainya dan tidak mendengar sendiri hujah-hujah Dr Mahathir ketika itu mungkin akan terpengaruh,” katanya.

Hishammuddin berkata pihaknya akan membuat pendedahan dan penerangan terhadap hujah-hujah Dr Mahathir terdahulu yang sekarang ini ibarat ‘cakap tidak serupa bikin’ agar rakyat tidak terkeliru.

Terdahulu, semasa berucap pada majlis tersebut, beliau mahu pemimpin dan anggota UMNO menggunakan peluang persidangan igtu untuk memperkasakan perpaduan dan menyemarakkan perjuangan parti tersebut.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO ,Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh, mahu seluruh anggota parti itu meningkatkan solidariti dan memperkasakan wala kepada pemimpin dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau mahu mereka mengambil peluang pada persdiangan perwakilan di seluruh negara sekarang ini untuk menyemarakan semangat dan roh perjuangan parti untuk atasi politik membenci dan fitnah.

Selain itu, beliau mahukan mereka menekankan kepada strategi dan sikap mahu menang bagi menghadapi PRU14. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd