• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hishammuddin Cabar Tun M Bukti Keberanian Di Pekan

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Hishammuddin menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di Pekan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekadar kenyataan bersifat populis.

Beliau juga melihat kenyataan itu bertujuan mengganggu tumpuan anggota UMNO kerana dibuat ketika UMNO bahagian sedang sibuk mengadakan persidangan perwakilan.

“Saya tengok itu merupakan kenyataan bersifat populis, kalau Tun Dr Mahathir berani bertandinglah di Pekan, saya cabar dia.

“Kalau dia berani, saya sendiri dan Datuk (Seri) Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan turun pertahankan kedudukan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai Presiden parti… jadi kalau berani bertandinglah,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di Sungai Koyan, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau diminta mengulas berhubung kenyataan  Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pakatan Harapan akan kemungkinan bertanding pada PRU ke-14 dan mencari kawasan sesuai termasuk Pekan sekiranya keadaan memerlukan.

Mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berhubung sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan sekarang mengatasi sokongan kepada BN, Hishammuddin berkata kenyataan itu hanya satu andaian menjelang PRU-14.

Menyentuh hasrat perwakilan UMNO Cameron Highlands yang mahu kawasan berkenaan ditandingi oleh UMNO dan bukan lagi MIC pada PRU akan datang, Menteri Pertahanan itu berkata usul tersebut akan dibawa ke peringkat  pimpinan tertinggi untuk diperhalusi.

“Kita kena tengok calon yang boleh diterima rakyat dan yang penting dalam keadaan sekarang, anggota dalam dewan (persidangan) ini sahaja tidak mampu memenangkan calon kita.

“Jika tanpa sokongan semua kita tidak akan mampu menang di kawasan yang mempunyai berbilang kaum. Namun saya beri jaminan kepada mereka, apa jua keputusan pucuk pimpinan kelak adalah demi keutuhan parti,” katanya.

Wan Rosdy dalam ucapannya sebelum itu menyatakan 39 daripada 40 cawangan di bahagian berkenaan mahukan calon UMNO bertanding di kawasan Parlimen Cameron Highlands.

Ini berdasarkan  jumlah pengundi Melayu dan Orang Asli yang kini mewakili 55 peratus dan kemenangan calon BN pada pilihan raya umum lalu, Datuk Seri G. Palanivel daripada MIC banyak dibantu oleh majoriti tinggi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai selepas BN tewas di kerusi DUN Tanah Rata. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin Tun HusseinTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peneroka Felda Komited Terus Sokong PM

Next Post

TH Sedia Pelbagai Perkhidmatan Kepada Jemaah Haji

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

Next Post

TH Sedia Pelbagai Perkhidmatan Kepada Jemaah Haji

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd