• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafiz Hamidun Minta Isteri Terima Teguran

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN mudah menjadi isteri seseorang yang berprofil tinggi dalam bidang keagamaan, semua mata yang melihat hanya tahu mencari kesalahan sahaja.

Mengakui sudah beberapa kali mengingatkan isterinya, Joy Revfa, berhubung penampilan diri, penyanyi Hafiz Hamidun meminta pasangannya itu menerima teguran netizen secara terbuka jika masih melakukan kesilapan sama.

Kata Hafiz, 33, tuan empunya diri harus bertanggungjawab terhadap setiap apa yang dikongsikan di dalam media sosial dan perlu akur sekiranya perkongsian itu diterima baik atau sebaliknya.

“Netizen tidak tahu perkara sebenar dan seperti biasa mereka pantas membuat hukuman dan kesimpulan sendiri.

“Sebelum ini lagi, sudah beberapa kali saya menasihatinya dalam beberapa perkara termasuk bab penampilan. Kalau masih membuat khilaf sama, dia kena menerima teguran itu dengan terbuka.

“Perkara baik yang dimuat naik (ke laman sosial), pasti akan disukai. Kalau sebaliknya, pasti ia akan mengundang pelbagai kritikan.

“Apabila perkara sebegini berlaku, ia sedikit sebanyak mengganggu saya kerana ada banyak perkara lain yang turut memerlukan perhatian. Saya sebenarnya malas nak melayan hal sedemikian. Selepas ini, dia kena berhati-hati dalam hal sebegini,” katanya kepada BH Online.

Hafiz mengulas mengenai kontroversi isterinya yang menjadi mangsa kecaman dan kritikan netizen apabila gambar promosi produk syarikat wanita itu yang dikatakan terlalu seksi dikritik peminat.

Gaya ditampilkan menerusi gambar berkenaan dikataan tidak bersesuaian dengan imej Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 30, yang berhijab dan sebagai isteri seorang pendakwah.

Sehubungan perkara itu, Hafiz pernah mengatakan bahawa dia tidak tahu menahu mengenai gambar terbabit selepas memaklumkan disekat daripada melihat akaun Instagram isteri sendiri.

Namun, Joy menafikan perkara itu dan menganggap ia sebagai fitnah, selain tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan undang-undang.

Kes itu bertambah panas apabila netizen seolah-olah menyalahkan Hafiz kerana tidak menegur dan bertanggungjawab terhadap isterinya dalam soal penampilan.

Penyanyi Zikir Terapi itu mengakui, apabila situasi sebegitu berbangkit, ramai pihak yang datang bertanya dan mengadu kepadanya.

“Saya tak kisah orang datang mengadu pelbagai benda mengenainya, tetapi jawapan atau komen daripada saya lebih kepada perkara peribadi serta tidak wajar diperbesarkan,” katanya.

Bagaimanapun, Hafiz memberitahu semuanya masih terkawal.

“Tak ada apa-apa pun yang berlaku dalam hubungan kami,” katanya, yang bernikah dengan Joy pada tanggal 1 Mei lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hafiz hamidunjoy revfa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hafiz Menang Saman Kamdar, Mahu Jadi Pengajaran

17/05/2018
0

DISEBABKAN namanya telah disalahgunakan oleh sebuah syarikat tekstil terkenal, penyanyi Hafiz Hamidun mengambil keputusan untuk membawa kes itu ke muka...

Hafiz Hamidun ‘Dirisik’ Ramai Wanita, Tapi…

17/04/2018
0

SEJAK menjalani kehidupan sebagai duda selepas bercerai dengan pengasas Merve Cosmetic, Joy Revfa, penyanyi nasyid terkenal iaitu Hafiz Hamidun tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd