• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geely-Proton Sasar Keluar 280,000 Unit Kereta

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Kerajaan menyasarkan pengeluaran kira-kira 280,000 unit kereta bagi pasaran Asia Tenggara dan China hasil pakatan strategik antara firma terkemuka China, Zhejiang Geely Holdings Group dengan syarikat automotif Proton Holdings Berhad (Proton).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, pasaran kereta di Malaysia agak kecil yang mana tahun lepas jualan kereta pelbagai jenama adalah 580,000 unit berbanding China dengan jualan tahunan mencecah 28 juta unit.

“Pasaran tahunan China 28 juta unit jadi dia (China) nak bantu kita satu peratus daripada jumlah itu,” katanya selepas merasmikan Ekspo Tanam Tuai di sini, hari ini.

Menurut Ong, untuk mencapai sasaran itu Proton memerlukan rakan strategik kerana penyelidikan serta reka bentuk bertaraf dunia amat penting untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa.

“Syarikat ini Geely boleh menyokong dari segi penyelidikan yang canggih kerana kita perlu menghadapi satu perubahan yang besar. Sekarang semua syarikat kereta berlumba-lumba untuk menghasilkan kereta yang dipandu sendiri sepenuhnya seperti Volvo dan Mercedes.

“Jadi Geely bersama-sama Proton perlu membina kilang di sini untuk tempoh lima tahun ini. Apabila kilang siap, kereta akan memasuki pasaran China dan Asia Tenggara kerana Asia Tenggara merupakan satu destinasi yang sangat penting kerana mempunyai kira-kira 600 juta rakyat,” katanya.

Ong yang juga Anggota Parlimen Tanjung Malim berkata, kilang pembuatan kereta Proton akan tertumpu di Tanjung Malim yang mana sebahagian besarnya masih di Shah Alam, Selangor.

“Tanjung Malim juga akan menyaksikan satu perubahan yang besar apabila pekerjaan baharu dijangka dapat diwujudkan pada tempoh akan datang susulan limpahan ekonomi di daerah ini.

“Kita mengambil kesempatan ini dengan merancang untuk membina kilang elektronik di Tanjung Malim kerana kereta menggunakan banyak barang elektronik. Apa yang penting ia membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda supaya mereka tidak berhijrah ke bandar besar,” katanya.

Antara manfaat diraih Proton berikutan pemeteraian pakatan strategik dengan Geely baru-baru ini adalah mendapat hak eksklusif terhadap produk Geely, teknologi terbaru dan akses ke pasaran melangkaui Asia Tenggara dan China yang merupakan pasaran kereta terbesar dunia. – BERNAMA

Tags: GeelyProton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd