• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Kawasan Pida Pulih Semula

oleh AK-47
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Masalah gangguan bekalan air yang berlarutan sejak Aidilfitri lalu di Kampung Pida 3, dan 3 1/2 di Jerlun mulai pulih hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Air Darulaman (Sada), Rofedi Sulaiman berkata ia adalah daripada hasil tindakan pantas kakitangan Sada membaiki masalah paip pecah di Kolam Bukit Mengkuang dan juga pemasangan injap pengurangan tekanan di kolam air Padang Perahu, Jitra dua hari lalu.

“Kita ambil maklum berhubung masalah itu dan segera membaiki paip utama yang pecah di Kolam Bukit Mengkuang dan memasang injap di kolam air Padang Perahu yang membekalkan air kepada penduduk selama ini.

“Air pulih semula selepas kita buat  agihan dan kawalan semula air,  cumanya ada segelintir penduduk yang akan menerimanya secara berperingkat termasuk di Kampung Pida 5,” katanya.

Sada pada masa yang sama belum bercadang menamatkan penghantaran air menggunakan lori sehingga penduduk mendapat sepenuhnya bekalan mereka.

Bernama semalam melaporkan kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Pida 3 dan Pida 3 ½  merayu kepada Sada untuk bertindak segera mengatasi masalah air yang dihadapi mereka.

Penduduk mendakwa walaupun rungutan dan aduan dibuat beberapa kali sebelum ini, namun masalah sama tetap berulang hingga menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Mereka juga  mendakwa terpaksa membeli pam untuk mendapatkan air bawah tanah dan menggunakan air takungan dari masjid terdekat serta menggunakan sumber air sungai yang sebelum ini tidak digunakan untuk mandi dan mencuci pakaian.

Penduduk juga bergantung kepada air yang dihantar menggunakan lori Sada yang terhad dan tidak mencukupi untuk membasuh, mencuci, mandi dan minum. – BERNAMA

Tags: Gangguan Bekalan AirRofedi SulaimanSADA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd