• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fasa Kedua PPPM Tumpu Struktur Semula

oleh AK-47
12/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang memasuki fasa kedua tahun ini memberi fokus kepada penstrukturan semula Kementerian Pendidikan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata penstrukturan semula itu akan memberi lebih banyak sumber, jawatan dan kuasa kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Langkah ini dibuat kerana banyak perkara yang sepatutnya dilakukan di peringkat daerah dan negeri sekarang diputuskan di peringkat kementerian. Jadi, kita rasa lebih berkesan kalau perkara itu dilaksanakan di peringkat daerah dan negeri kerana mereka lebih memahami keadaan sebenar.

“Pihak kementerian selalunya perlu merujuk kepada pandangan atau laporan daripada jabatan, oleh itu biar jabatan atau PPD yang buat keputusan,” katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri Datuk Shamshulkahar Mohd Deli dan Pengarah Pendidikan Negeri Rusni Ab. Jalil.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara kuasa yang diturunkan di peringkat jabatan ialah membabitkan pertukaran guru.

“Jika sebelum ini pertukaran guru melalui banyak sangat prosedur tapi apabila diturunkan kuasa di peringkat negeri, kita lebih memahami keadaan itu,” katanya.

Chong berkata penstrukturan semula itu turut membabitkan pewujudan jawatan baharu di peringkat JPN dan PPD demi kelancaran pentadbiran.

“Kita juga akan struktur semula bahagian dan unit yang baharu. Itu akan kita perincikan di peringkat kementerian dan setelah mendapat kelulusan Menteri Pendidikan, maka kita akan laksanakan pada tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Chong Sin WoonPPPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Tumpu Bangunkan Pelan Pendidikan Baharu

KPM Tumpu Bangunkan Pelan Pendidikan Baharu

03/02/2025
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memberi tumpuan membangunkan pelan pendidikan baharu bagi menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. IKUTI...

Jadikan Tuisyen Tambahan PNP Di Sekolah

26/04/2018
0

SEREMBAN – Pelajar perlu menjadikan tuisyen sebagai tambahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang diajar guru semasa di sekolah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd