• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DMDI Desak PBB Tegas Lindungi Masjid Al-Aqsa

oleh AK-47
28/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mendesak agar Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bertindak lebih tegas melindungi Masjid Al-Aqsa yang merupakan rumah ibadat suci ketiga bagi umat Islam.

Presidennya, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata DMDI percaya kunci dan jalan penyelesaian segala isu melibatkan Palestin dan rejim Zionis Israel termasuk Masjid Al-Aqsa terletak di tangan PBB dan sehubungan itu satu memorandum akan dihantar kepada PBB Isnin depan bagi menghentikan penindasan rejim tersebut.

“Saya lihat isu ini memang bertentangan dengan piagam PBB yang sepatutnya mempertahankan hak asasi manusia yang mana Israel tidak menghormati keputusan PBB mengenai bumi Palestin mesti bebas daripada pencerobohan kuasa asing.

“Dari dulu lagi kita tuntut mereka keluar, tetapi mereka (rejim Zionis Israel) besarkan lagi kawasan pencerobohan, terbaru halang pula umat Islam solat di Masjid Al-Aqsa,” katanya kepada pemberita di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira 100 anggota pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di negeri ini berhimpun secara aman dan memegang poster serta sepanduk anti-Israel selama kira-kira 30 minit selepas selesai menunaikan solat Jumaat bagi menggesa umat Islam menentang kezaliman rejim Yahudi itu.

Antara NGO yang menyertai perhimpunan aman itu adalah DMDI, Gerakan Belia 4B Malaysia, Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

Turut hadir Presiden Gerakan Belia 4B Mohd Nizam Omar yang mengetuai himpunan itu bagi mendesak PBB bertindak lebih tegas menangani pergolakan yang berlaku di bumi Palestin.

Mohd Ali berkata selain PBB, negara Islam dan umat Islam seluruh dunia perlu bersatu dalam usaha menyelamatkan masjid itu berikutan cubaan aktivis sayap kanan Yahudi dan rejim Zionis Israel yang menghalang umat Islam daripada menunaikan solat.

Katanya umat Islam harus bersikap lebih proaktif bersama-sama penduduk Palestin dalam menyelamatkan Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya peristiwa penting bagi umat Islam iaitu Israk dan Mikraj.

“Kekejaman ke atas masyarakat itu perlu dihentikan dengan segera dengan pengli­batan daripada semua pihak di samping terus memberi tekanan kepada Israel agar menghentikan kekejaman mereka terhadap rakyat Palestin yang telah berlarutan sekian lama, terutama membabitkan isu Masjid Al-Aqsa.

“Perbuatan Israel menghalang umat Islam Palestin beribadat di dalam Masjid Al-Aqsa merupakan perbuatan biadap dan melanggar piagam PBB, dan ia perlu dihentikan segera selain dilihat sebagai usaha Israel untuk meningkatkan lagi jajahannya di tapak suci itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: DMDIMasjid Al-AqsaTan Sri Mohd Ali Rustam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Israel Ceroboh Masjid Al-Aqsa, 60 Penduduk Palestin Cedera

15/04/2022
0

MOSCOW- Sekurang-kurangnya 60 penduduk Palestin cedera akibat pertempuran dengan unit polis Israel, yang menceroboh Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, lapor Sputnik....

Henti Rejim Zionis Ceroboh Palestin, Dakwa Israel – NGO

21/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Pencerobohan rejim Zionis ke atas Masjid Al-Aqsa, Palestin dan seluruh kompleks persekitarannya serta pengusiran rakyat Palestin dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd