• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipenjara 12 Bulan Ceroboh Hutan Simpan Kekal

oleh AK-47
25/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Seorang warga Kemboja dijatuhi hukuman penjara 12 bulan  oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh hutan simpan kekal dan mencuri kayu gaharu pada Jun lalu.

Tertuduh Than Neak berumur lingkungan 30-an  mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Kemboja di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menduduki atau menjalankan apa-apa aktiviti atas mana-mana tanah dalam kawasan hutan simpan kekal tanpa suatu permit penggunaan di Hutan Simpan Bintang Hijau kira-kira 5 petang, 15 Jun lepas (2017).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut subseksyen 32 (1) dan (2) Akta Perhutanan Negara 1984 yang memperuntukkan  hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya  Jabatan Perhutanan Negeri Perak S. Punita manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia mendakwa mengikut abang iparnya memasuki hutan itu dan tidak mengetahui tentang aktiviti itu.

Punita pula memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman maksimum kerana kesalahan yang dilakukan  tertuduh membabitkan  kehilangan hasil perhutanan negara. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd