• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Debat: Chong Masih Belum Terima Surat Jawapan DAP

oleh Ahmad Albab
22/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon masih belum menerima kata putus dari Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan Teo Kok Seong berhubung sesi debat di antara mereka.

Chong, yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata surat peringatan terakhir telah dihantar kepada Teo, yang juga merupakan anggota Parlimen Rasah, pada Selasa lepas dan memberi tujuh hari untuk pihak Teo membalas suratnya.

“Saya bersedia untuk berdebat dengan mereka dan fakta-fakta untuk topik debat, iaitu pendidikan dan prestasi dua ADUN DAP di kawasan Lobak dan Temiang, juga telah saya siapkan.

Saya juga tetapkan tiga syarat untuk debat ini iaitu debat ini mestilah tiga lawan tiga, sesi debat itu tidak diadakan di hadapan penyokong kedua-dua pihak sebaliknya disiarkan secara langsung melalui FB Live dan hujah-hujah yang disampaikan mestilah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Anugerah Akademik Terbilang Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan, di sini hari ini.

Chong berkata beliau, Ketua MCA Bahagian Seremban Siow Koi Voon dan Ketua Biro Perundangan MCA Ng Kian Nam akan mewakili parti.

“Untuk DAP, selain Teo, saya minta ADUN Lobak, Siow Kim Leong dan ADUN Temiang Ng Chin Tsai, untuk berdebat sama kerana isu yang saya bangkitkan ialah berkenaan prestasi buruk dua ADUN ini di kawasan mereka, tetapi Teo pula yang menyibuk nak berdebat dengan saya.

Saya terima (cabaran debat) dan anda tidak boleh biar kedua-dua (ADUN Lobak dan Temiang) menghilangkan diri,” katanya.

Chong berkata pihaknya telah menetapkan sesi debat itu diadakan pada 4 Ogos pukul 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan, dekat sini.

“Tetapi Teo ni sampai hari ni tak balas surat saya, penyelaras yang mereka lantik pun tak pernah berjumpa dengan penyelaras kita.

“Jika dia (Teo) tak balas (surat), maknanya dia tak berani nak berdebat dan tak ikhlas. Motif dia juga sangat jelas iaitu meraih publisiti murahan dan mempertahankan ADUN Lobak dan Temiang yang tak buat kerja,” katanya. – BERNAMA

Tags: DAPdebatMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Tidak Layak Terajui BN – Kredibiliti Terbesar Parti – MCA

Zahid Tidak Layak Terajui BN – Kredibiliti Terbesar Parti – MCA

19/01/2026
0

Tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa “Terdapat Pasukan B dalam DAP”, kemudian menarik...

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd