• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Perlu Adakan Pemilihan Semula Jika Betul Telus

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP sebagai sebuah parti yang kononnya menjunjung prinsip ketelusan perlu patuh kepada keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.

Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata aduan mengenai keputusan pemilihan DAP pada tahun 2013 telah dibuat oleh anggota-anggota DAP sendiri tanpa campur tangan Barisan Nasional (BN).

“Ini bukan perkara yang baharu, sudah dibangkit lama oleh anggota mereka. DAP sering mengkritik parti lain termasuk Gerakan sekiranya berlakunya sebarang isu namun berdiam diri apabila membabitkan parti mereka sendiri.

“Jika DAP betul parti yang telus mereka perlu patuh arahan RoS dan mendengar permintaan anggota parti mereka,” katanya kepda pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri parti Gerakan di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pelantikan 20 anggota CEC DAP serta pemegang jawatan utama hasil pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dari segi undang-undang.

Pemilihan semula yang diadakan itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, melibatkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.

Ini kerana hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf sahaja boleh melantik pemegang jawatan utama yang sah dan diiktiraf mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mah Siew KeongROS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas ia didapati melanggar perlembagaan dan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd