• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Mahathir-Anwar Hanya Memakan Diri

oleh AK-47
07/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa dendam politik, hanya memakan diri bekas perdana menteri itu sendiri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau menyoal sama ada Dr. Mahathir lupa mengenai penyingkiran Anwar daripada pentadbiran kerajaan yang diterajuinya pada 1998.

Selain itu, Anwar kini menjalani hukuman atas sebab peribadi mengikut kesalahan jenayah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kata Azalina sambil menjelaskan tidak timbul persoalan Anwar menjadi mangsa dendam politik seperti yang didakwa Dr. Mahathir.

“Anwar Ibrahim telah melalui semua proses yang dibenarkan di bawah undang-undang untuk mempertahankan diri beliau termasuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan,” katanya semasa mengulas dakwaan Dr. Mahathir itu dilaporkan akhbar The Guardian semalam.

Azalina berkata tuduhan Dr. Mahathir kononnya terdapat campur tangan dalam keputusan kes liwat Anwar juga secara langsung mempersoal kebebasan dan integriti badan kehakiman selain merupakan satu penghinaan kepada perundangan dan sistem demokrasi negara.

Beliau turut mendakwa Dr. Mahathir, yang kerap membuat pusingan ‘U’ selepas mengeluarkan kenyataan, menunjukkan sikap sebenar pembangkang yang sanggup menggadai prinsip hanya kerana mahu memenuhi kepentingan peribadi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman Said
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd