• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cinta Tak Direstui, Remaja Dirogol, Dibunuh Kejam

oleh
26/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUDAH dirogol, dibunuh pula. Mana pergi sifat perikemanusiaan kamu itu wahai lelaki? Tak takutkah kalian kalau perkara macam tu jadi pada ahli keluarga terdekat kamu?

Itulah yang menimpa seorang remaja perempuan etnik India Muslim setelah diculik sebelum dirogol dan dibunuh dekat selatan London, minggu lalu seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Menurut Daily Mail, Celine Dookhran menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya, seorang lelaki Arab namun hubungan cinta itu tidak direstui keluarganya kerana mereka mahu anaknya berkahwin dengan lelaki India Muslim.

Pegawai pendakwa Britain, Binita Rosceo menjelaskan bahawa mangsa yang berusia 19 tahun dan rakan serumahnya telah diculik ketika berada di rumah sewa mereka.

Mayat allahyarham Celine kemudian telah ditemui di sebuah rumah agam bernilai £1.5 juta (RM8.4 juta) yang sedang diubah suai dekat selatan London.

Rakan serumahnya yang berusia 20-an itu bernasib baik kerana terselamat dan dikatakan ketika kejadian dia berada di bilik sebelum terdengan jeritan mangsa dari dalam bilik mandi.

Mangsa turut telah diseret oleh dua orang lelaki sebelum dia dikenakan renjatan elektrik. Kedua-dua telah diikat dengan pita pelekat serta tali dan mulut disumbat dengan sarung kaki yang dibungkus dalam kepingan plastik.

Mereka seterusnya disumbat masuk ke dalam sebuah kenderaan. Dua remaja perempuan ini telah dibawa ke rumah berkenaan yang terletak di Kingston iaitu lapan kilometer dari rumah mereka.

Malang nasib remaja muda ini apabila dia telah dirogol dan dibunuh dengan lehernya dikelar manakala rakannya pula cedera di leher tetapi berjaya melepaskan diri.

Kedua-dua manusia bertopengkan syaitan itu berjaya diberkas di atas tuduhan bunuh, rogol dan culik. Mujahid Arshid, 33, dan Vincent Tappu, 28, telah dihadapkan ke mahkamah di Wimbledon di atas pertuduhan tersebut.

Allahyarham Celine dikatakan aktif menerusi akaun Twitternya kerana sering mengenakan solekan dan dia juga bercita-cita untuk menjadi jurusolek. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Tags: culikselatan london
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd