• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CIA Henti Program Bantu Penentang Syria

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Usaha untuk menjatuhkan Presiden Syria, Bashar al-Assad semakin sukar apabila Amerika Syarikat mengambil keputusan untuk menghentikan program Agensi Perisikan Pusat (CIA) membekalkan peralatan dan melatih kumpulan penentang kerajaan Syria.

Menurut laporan portal Washington Post yang memetik kenyataan dua pegawai kerajaan AS yang enggan dikenali, program tersebut telah digantung bermula Rabu.

Keputusan White House itu, menurut seorang daripada pegawai terbabit, merupakan usaha kerajaan pimpinan Presiden Donald Trump untuk mengukuhkan hubungan dengan Rusia.

Moscow bersama-sama Iran merupakan sekutu kuat Bashar dan membantu Dasmyik memerangi kumpulan pemberontak sejak perang tercetus enam tahun lalu.

Program CIA bermula pada 2013 sebagai usaha Presiden terdahulu, Barack Obama untuk menggulingkan Bashar, tetapi hanya mencapai kejayaan kecil.

Jurucakap White House, sarah Sanders enggan mengulas lanjut tentang keputusan tersebut, begitu juga dengan CIA.

Menurut sumber, keputusan menghentikan program CIA itu telah dibuat hampir sebulan lalu apabila Penasihat Keselamatan Negara, H.R. McMaster dan Pengarah CIA, Mike Pompeo mengadakan pertemuan dengan pegawai berpangkat rendah.

Pertemuan itu diadakan sebelum Trump bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada 7 Julai di Sidang Kemuncak G20 di Berlin.

Bagaimanapun sumber itu berkata, keputusan itu bukan sebahagian daripada rundingan AS-Rusia berhubung gencatan senjata di barat daya Syria. – Al Jazeera/mStar Online

Tags: CIASyria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kematian Justine Damond- Australia Tuntut Penjelasan

Next Post

Pakatan Harapan Bersedia Lawan PAS Dalam PRU14

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

20/04/2024
0

SHAH ALAM - Agensi Perisikan Pusat (CIA) meraih tumpuan ramai apabila memuat naik hantaran berhubung fakta-fakta menarik mengenai nasi lemak...

Next Post

Pakatan Harapan Bersedia Lawan PAS Dalam PRU14

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd