• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO, Peg. Zakat P.Pinang Mengaku Tidak Bersalah

oleh Ahmad Albab
19/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan seorang pegawai kanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas beberapa pertuduhan rasuah antara 2010 hingga 2015.

CEO ZPP, Datuk Azman Abdul Samat, 50, berhadapan tiga tuduhan rasuah iaitu menerima seutas jam tangan Bonia Tesoro bernilai RM700 daripada pemilik syarikat MNI Venture yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau di rumahnya di Permatang Rambai, Permatang Pauh pada 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Azman dituduh menerima seutas jam tangan Tissot Touch bernilai RM2,000 daripada pemilik syarikat Al Global Trading yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau di pejabat ZPP di Jalan Perda Selatan, Bandar Perda, Bukit Mertajam antara 2011 hingga 2015.

Azman merangkap pengurus besar ZPP juga berhadapan tuduhan menerima seutas jam tangan Roscani Paris bernilai RM750 daripada seorang individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau di kedai makan berhampiran ZPP pada 2015.

Bagi setiap pertuduhan itu Azman didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya  sekali.

Sementara itu di mahkamah sama dalam pertuduhan berasingan, Ketua Bahagian Pengurusan Pembangunan Kualiti Asnaf dan Ekonomi ZPP, Mohd Wardi Ramli, 35, didakwa membuat permohonan syor syarikat Al Global Trading untuk membekalkan 1,480 ekor anak ayam kampung dan dedak bernilai RM4,842, yang mana dia didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan pada 11 Nov 2016 di pejabat ZPP.

Bagi pertuduhan kedua Mohd Wardi dituduh membuat permohonan syor untuk syarikat sama bagi membekalkan dedak berjumlah RM6,000 pada 14 Nov 2016 di lokasi sama.

Mohd Wardi didakwa menurut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bagi setiap pertuduhan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz membenarkan Azman diikat jamin sebanyak RM1,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, manakala Mohd Wardi dibenar ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Azman diwakili peguam Mohamed Reza Rahim, manakala Mohd Wardi diwakili Hadi Mulyana Citrawijaya Suyadi dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri.

Sitarun Nisa menetapkan 21 Ogos depan untuk sebutan semula kes Azman dan 14 Ogos bagi kes Mohd Wardi. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahZakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd