• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cekal Teruskan Tradisi Paluan Kompang

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pembuat kompang di Melaka masih cekal menghasilkan alat muzik itu yang biasanya menjadi pelengkap majlis kenduri perkahwinan orang Melayu.

Muhamad Shabri Kasim, 35, berkata permintaan pelanggan bergantung mengikut musim dan biasanya ia meningkat menjelang cuti sekolah yang menjadi musim mengadakan majlis perkahwinan.

“Bila tiba musim cuti sekolah, kita terima banyak tempahan kompang berbanding biasa iaitu dalam lingkungan 150 hingga 200 buah,” kata generasi kedua pembuat kompang itu kepada Bernama.

Muhamad Shabri berkata selain menerima tempahan dalam negeri, beliau pernah menerima tempahan dari luar negara seperti Belanda, Korea Selatan, Itali dan Qatar.

Dengan lebih lima tahun pengalaman menghasilkan kompang, beliau berkata secara purata syarikat miliknya Gema Seni yang terletak di Kampung Pulai, Merlimau mampu menghasilkan 100 kompang sebulan dengan bantuan dua pekerja.

Muhamad Shabri berkata harga kompang dijual berdasarkan saiz dan ia secara purata dijual dengan harga RM75 sebuah

“Kita mengutamakan kualiti dalam menghasilkan kompang agar ia mampu bertahan lebih lama…biasanya kompang yang kami hasilkan dapat digunakan untuk tempoh dua hingga tiga tahun,” katanya.

Muhamad Shabri berkata walaupun menggunakan bantuan mesin bagi mempercepatkan proses pengeluaran, beliau masih menggunakan kaedah tradisional dalam proses memaku bagi menjaga kualiti kompang yang dihasilkan.

Beliau berkata kompang terhasil gabungan daripada dua material utama iaitu kayu dan kulit kambing.

“Pelbagai jenis kayu boleh digunakan untuk membuat kompang seperti kayu leban, sena, nangka, mangga dan mahogani. Kayu yang sudah dipotong, dilarik menjadi rangka atau bingkai berbentuk bulat yang lebih tepat dikenali sebagai ‘baloh’,” katanya.

Selain kompang, syarikat itu turut menghasilkan alat muzik tradisional lain seperti gendang silat, rebana tradisional, rebana moden dan jidur.

Dalam pada itu, Muhamad Shabri berhasrat menubuhkan pasukan kompangnya sendiri dengan pemainnya mengenakan busana tradisional dalam usaha memelihara budaya masyarakat Melayu itu. – BERNAMA

Tags: kompang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Inilah Perkahwinan Paling Praktikal Orang Melayu!

Next Post

Pengecilan Lokaliti Kawasan Rabies Sedang Dilaksana

Related Posts

Pembuat Kompang Teruskan Tradisi Keluarga

26/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Tradisi turun-temurun keluarga dalam penghasilan alat muzik tradisional yang berasaskan kayu dan kulit terutamanya kompang tetap diteruskan...

Kompang Pusaka Seni Warisan Negara

19/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Kita sering kali mendengar alunan rancak paluan kompang khususnya di majlis perkahwinan dan menyangka ia hanya mempunyai...

Next Post

Pengecilan Lokaliti Kawasan Rabies Sedang Dilaksana

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd