• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Diskaun Perbaharui Lesen Niaga Mahasiswa

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang mahasiswa hari ini mencadangkan kepada kerajaan agar memberikan diskaun bayaran memperbaharui pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada golongan mahasiswa yang masih belajar.

Nadrah Nazim daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata cadangan itu bagi mengurangkan beban kewangan mahasiswa dan menggalakkan lebih ramai golongan tersebut terlibat dalam bidang perniagaan.

“Saya ingin mencadangkan agar pelajar diberi diskaun 50 peratus untuk memperbaharui pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun kedua berniaga dan 20 peratus untuk tahun ketiga berniaga selagi pelajar masih dalam tempoh pengajian,” katanya ketika membahaskan usul pada program Parlimen Mahasiswa di sini hari ini.

Usul itu yang dibawa oleh Mohd Amar Md Hilmi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) antara lain meminta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperhebatkan usaha secara kolektif dalam membangunkan ekosistem inovasi pendidikan tinggi yang memberi tumpuan kepada keberhasilan yang melebihi input seiring dengan usaha mereka.

Nadrah berkata langkah memberikan keistimewaan itu juga bagi meningkatkan minat mahasiswa terlibat dalam perniagaan dan yakin dengan kemampuan mereka dalam meneruskan kelangsungan syarikat setiap tahun.

Katanya walaupun terdapat skim 1 murid 1 perniagaan’’ iaitu pelajar boleh mendaftarkan perniagaan secara percuma pada tahun pertama, namun caj untuk memperbaharui lesen bagi tahun berikutnya tetap menjadi beban kepada mereka yang masih bergelar mahasiswa.

“Keistimewaan tersebut perlu kerana dalam aspek keusahawanan, pelajar berdepan dengan cabaran membahagi masa antara belajar, berniaga dan mengikuti program di institusi pengajian tinggi kerana masih baru bermula secara kecil-kecilan dengan pendapatan yang minimum.

Berdasarkan data tidak rasmi KPT, katanya, rata-rata pelajar yang berniaga mempunyai pendapatan sekitar RM500 sehingga RM5,000 maksimum sebulan dan kebanyakan hasil perniagaan itu digunakan untuk pembiayaan yuran dan bahan pembelajaran.

Malahan ada antara mereka yang sudah menanggung keluarga dan sebagainya, katanya.

Nadrah berkata statistik KPT pada masa sekarang ialah hanya 2.5 peratus pelajar daripada tiga peratus pelajar yang berniaga berdaftar melalui ‘skim 1 murid satu perniagaan’, sedangkan sasaran KPT pada awalnya ialah sekurang-kurangnya enam peratus pelajar yang menjadi usahawan, menunjukkan bahawa sasaran belum dapat dicapai sepenuhnya. – BERNAMA

Tags: Lesen Perniagaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Crackhouse ‘Tidak Jadi’ Cabar Tindakan DBKL Tarik Balik Lesen Perniagaan

Crackhouse ‘Tidak Jadi’ Cabar Tindakan DBKL Tarik Balik Lesen Perniagaan

23/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Kelab komedi Crackhouse tidak berhasrat meneruskan proses undang-undang untuk mencabar tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa...

Pemilik Kelab Komedi Cabar Keputusan DBKL Batal Lesen Perniagaan

Pemilik Kelab Komedi Cabar Keputusan DBKL Batal Lesen Perniagaan

05/01/2023
0

Kuala Lumpur : Pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel dan Shankar R Santhiram memfailkan tindakan undang-undang bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd