• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ben Amir Tercium Haliza Misbun Dalam Drama?

oleh
26/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON yang terkenal menerusi drama Cinderella, Haliza Misbun menganggap penyebaran video kononnya dia bercium dengan pelakon yang sedang  meningkat naik, Ben Amir menerusi drama Semusim Rindu adalah  merepek semata-mata.

Haliza berkata, dia tidak faham apa tujuan utama video terbabit disebarkan. Sebagai seorang pelakon yang berpengalaman, dia tidak  memerlukan kontroversi yang kolot seperti itu untuk terus mengekalkan namanya dalam industri hiburan.

“Saya sendiri sudah menempuh pengalaman serupa sewaktu berlakon dalam drama bersiri Cinderella, yang menjadi fenomena pada 1998.

“Jadi, selepas 20 tahun, anda rasa saya perlu berdepan dengan perkara merapu seperti ini?,” ujarnya memetik sebuah portal online.

Haliza menegaskan bahawa scene yang dimaksudkan dalam video berkenaan merupakan satu babak yang membabitkan dia dan Ben melakonkan scene peluk hanya sebagai ibu dan anak. Bukan bercium!

Tambahnya lagi, sekiranya video berkenaan menjadi isu berikutan hanya ingin melariskan drama berkenaan, semua itu adalah sangat cliche dan memualkan.

Minggu lalu, beberapa media menerima e-mel dan lampiran video babak peluk antara kedua pelakon ini yang dikatakan kononnya bercium.

Namun apabila dipertonton secara teliti, tiada sebarang babak yang intim seperti mana yang digembar-gemburkan.

Dalam pada itu, Ben, 27, pula menyifatkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja memperbesarkan perkara itu mungkin disebabkan ingin menambahkan jumlah tontonan di laman YouTube mereka.

“Bagi saya, isu seperti ini adalah biasa bagi seorang selebriti.  Kita memang tidak mampu nak halang orang berbuat begitu. Yang penting, janganlah sampai memfitnah,” kata Ben.

Semusim Rindu merupakan terbitan MIG Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Ejump Zahir. Drama ini diadaptasi dari novel karya Aleya Aneesa.

Semusim Rindu bersiaran 40 episod di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: Ben AmirHaliza MisbunSemusim Rindu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pilih Antara Stail Rambut Vin Diesel, Ben Amir

12/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Selepas tular di laman sosial aksi beberapa lelaki memakai ‘baju kelawar’ menjadi perhatian Perdana Menteri, Tan Sri...

‘Saya Tak Kisah Uqasha Keluar Dengan Lelaki Lain’

01/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebagai bukti mereka sekadar kawan, pelakon, Ben Amir, tidak kisah andai aktres jelita yang dikaitkan intim dengannya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd