• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Haji Diingatkan Jaga Adab Di Tanah Suci

oleh Ahmad Albab
09/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bakal haji dari negeri Selangor diingatkan supaya sentiasa menjaga tatatertib dan disiplin sepanjang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci kelak, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda turut menasihatkan bakal jemaah haji supaya mematuhi segala arahan dan peraturan yang dikeluarkan Lembaga Tabung Haji.

“Janganlah melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri dan juga imej negara dan negeri Selangor yang kita kasihi,” titahnya pada majlis penutup Kursus Perdana Haji Musim 1438/2017M peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Titah ucapan baginda dibacakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Seramai 6,127 bakal haji dari Selangor mengikuti Kursus Perdana Haji tahun ini yang merupakan kursus terakhir dianjurkan Tabung Haji dalam usaha meningkatkan tahap pengetahuan jemaah haji sebelum bertolak ke Tanah Suci.

Kursus itu yang dijalankan secara berperingkat di 17 lokasi di seluruh negara mulai 7 hingga 16 Julai diselia lebih 600 petugas Tabung Haji yang akan bertugas di Tanah Suci.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Badlisyah Abdul Ghani ketika berucap pada majlis itu berkata untuk tahun ini, Tabung Haji meneruskan subsidi bagi setiap jemaah Muassasah yang mengerjakan fardu haji buat kali pertama sebanyak RM9,570 daripada kos haji sebenar iaitu RM19,550 seorang.

“Ini membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 bagi seorang jemaah haji walaupun kos terus meningkat setiap tahun.

“Untuk tahun ini sahaja, tanggungan subsidi haji keseluruhan yang bakal ditanggung Tabung Haji dijangka melebihi RM260 juta,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tanah Suci
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sufi Rashid ‘Berbalah’ Dengan Ibu Sendiri Di FB?

Next Post

Pemilihan Semula, Buktikan Tak Sembunyi Sesuatu

Related Posts

PM Akan Bincang Mengenai SOP, Kuota Umrah Dan Haji

02/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) serta kuota ibadat umrah dan haji di Tanah Suci bagi jemaah Malaysia akan...

Perbetul Tanggapan Pergi Haji Sembuh Penyakit Atau Meninggal

06/01/2020
0

MELAKA - Tanggapan masyarakat di negara ini bahawa pergi menunaikan haji untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi atau meninggal dunia di...

Next Post

Pemilihan Semula, Buktikan Tak Sembunyi Sesuatu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd