• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Labuan Rampas Lori Bawa Bir Kontraban

oleh Ahmad Albab
10/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup dan merampas minuman beralkohol yang belum dibayar cukai bernilai RM125,000 ke Sabah  apabila anggota agensi itu menahan feri yang membawa sebuah lori dengan muatan barangan kontraban, kira-kira 5.6 batu nautika dari perairan Labuan, lewat petang Ahad.

Lori dipercayai bernilai lebih yang RM70,000 digunakan untuk menyeludup bir berjenama Tiger Beer” juga dirampas.  

Ketua Penguat Kuasa APMM Labuan Kapt Maritim Che Adnan Md Isa berkata lori mengangkut bir itu dikesan menaiki feri dari Labuan menuju ke Menumbok, Sabah pada pukul 5.30 petang semalam.

“Sebaik mendapat maklumat daripada orang ramai, kami segera mengekori feri itu selama hampir sejam sebelum menahannya pada oukul 6.44 petang kira-kira 5,6 batu nautika dari perairan Labuan, kami menjumpai bir itu disorok di bawah guni yang mengandungi serpihan-serpihan kayu bagi tujuan mengabui mata pihak berkuasa.

Kami mengarahkan kapten feri untuk segera berpatah balik ke Labuan dan merampas lori dan menahan pemandu kira-kira pukul 10.10 malam di Terminal Feri Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya.  

Pemandu berusia 31 tahun itu memberitahu APMM bahawa dia memandu ke Kota Kinabalu tetapi gagal  memberi penjelasan yang memuaskan di mana dia mengambil bir itu.         

Che Adnan berkata pemandu lori itu kemungkinan akan didakwa menyeludup di bawah Akta  Kastam  1967, kerana gagal menunjukkan dokumen membuktikan sumber konsainan.

“Rampasan ini (terbesar setakat tahun ini) malam ini (tadi), kami merekodkan empat kes setakat ini dengan dua daripadanya telah di bawa ke mahkamah,” kata beliau. – BERNAMA


 

Tags: APMMbir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kontroversi Salon Rambut: Hijab Dijadikan “Hadiah Buruk”, Cetus Kemarahan Umat Islam

Kontroversi Salon Rambut: Hijab Dijadikan “Hadiah Buruk”, Cetus Kemarahan Umat Islam

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Sebuah salun rambut yang berpangkalan di Sunway Geo Avenue mencetuskan kemarahan ramai netizen selepas didakwa mempersendakan hijab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd