• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Kesan Bot Bawa 12 Pemancing Yang Hilang

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sebuah bot berpangkalan di Kampung Geobilt di sini yang membawa tiga kru dan 12 pemancing dilaporkan tidak dapat dikesan selepas terputus hubungan dengan pemiliknya malam tadi.

Pengarah Daerah Maritim Kuching, Kapten (M) Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik bot ‘Sea Wonder’ itu yang dikenali sebagai Alice Lim kira-kira 8.15 malam tadi dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilancarkan.

Beliau berkata pemilik mengesyaki bot berkenaan mengalami kerosakan dan kali terakhir Lim menghubungi bot itu ialah pada 4 petang semalam semasa ia berada pada kedudukan kira-kira 82 batu nautika timur laut Tanjung Po.

Menurutnya tiga kru itu dikenali sebagai Phoo Kie Kuang (tekong), Kandas, dan Ariffin manakala 12 pemancing tidak dapat disahkan kerana ketiadaan senarai penumpang.

“Sebagai ingatan kepada seluruh komuniti maritim, terutama kepada pengusaha-pengusaha bot pemancing serta peminat aktiviti riadah memancing di Sarawak, mereka disaran untuk memaklumkan kepada Maritim Malaysia setiap kali keluar ke laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Berikan maklumat lengkap mengenai jadual pelayaran, lokasi-lokasi memancing, nama kru dan penumpang beserta maklumat lanjut seperti alamat, kad pengenalan, dan nombor telefon kecemasan untuk dihubungi bagi memudahkan pihak Maritim Malaysia mengambil tindakan lanjut dengan segera (sekiranya berlaku sebarang kecemasan),” tambahnya.

Shahref turut meminta anggota keluarga atau sahabat handai 12 pemancing berkenaan untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Wilayah Sarawak dengan menelefon 082-432544 bagi membantu siasatan mengenal pasti identiti mereka lebih lanjut. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd