• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anjing Dari Luar Negara Dipercayai Punca Rabies

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Anjing dari luar negara dipercayai antara punca penyebaran Rabies atau penyakit anjing gila di Kuala Sepetang, Taiping, Perak kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata anjing tersebut dipercayai dibawa masuk oleh nelayan asing menerusi bot yang berlabuh di kawasan berkenaan.

“Kita dalam proses untuk menjejaki dari mana datangnya anjing-anjing ini agar penyakit ini lebih mudah untuk dikesan dan tidak dinafikan ia agak mencabar. Saya tidak akan bertolak ansur dengan penyakit ini kerana kematian di sebab virus tersebut pada zaman ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan dan tidak boleh diterima.

“Selain itu, cabaran utama kita (tangani Rabies) di Sarawak pula ialah jarak dan sempadan… kita harus mendapat kerjasama dengan negara jiran Indonesia untuk pergi ke kawasan yang terjejas teruk,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kilang Beras PRM Foods & Marketing Sdn Bhd di Bukit Kor, di sini, hari ini.

Shabery berkata pihak kementerian telah menghantar sebanyak 13,000 vaksin di Sarawak dan  6,000 vaksin ditambah  pada hari ini supaya kawasan-kawasan dalam lingkungan pengawasan tersebut diperluaskan.

Sehingga kini, wabak berkenaan telah membunuh empat kanak-kanak di Sarawak dan semalam telah menjangkiti golongan dewasa apabila seorang lelaki berusia 52 tahun disahkan positif virus tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery CheekKes Rabies
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Proses Pemulihan Dusun Libatkan 1,857 Hektar Tanah

Next Post

Drama ‘Banteras’ Papar Realiti Rasuah Di Malaysia

Related Posts

Dua Kes Rabies Baharu Di Kalangan Manusia Di Sarawak

09/12/2018
0

KUCHING - Terdapat dua kes baharu disyaki rabies di kalangan manusia di Sarawak, satu daripadanya melibatkan kematian seorang lelaki berumur...

Sarawak Rekod Satu Kes Baharu Rabies

28/11/2018
0

KUCHING - Sarawak merekodkan satu lagi kes rabies dalam kalangan manusia apabila seorang lelaki disahkan dijangkiti penyakit itu semalam, menjadikan...

Next Post

Drama 'Banteras' Papar Realiti Rasuah Di Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd