• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Erra Fazira Mengaji Dipuji Netizen

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menerima pujian daripada pengguna laman sosial selepas memuat naik video anak sulungnya, Engku Aleesya, sedang belajar mengaji.

Sebelum ini, Aleesya telah dikritik hebat oleh netizen gara-gara tidak fasih berbahasa Melayu. Slang Aleesya terserlah apabila Erra pernah memuat naik video Aleesya sedang cuba bercakap dalam bahasa Melayu.

Namun, baru-baru ini, melalui laman sosial Erra, satu video yang menunjukkan Aleesya sedang belajar mengaji menarik perhatian netizen. Menerusi video perkongsian Erra di Instagram itu, setakat hari ini sebanyak 468 ribu tontonan memuji Erra dan Aleesya.

Video yang berdurasi beberapa minit itu dimuat naik Erra menunjukkan Aleesya sedang belajar mengaji, dia dilihat bersungguh membaca ayat al-Quran walaupun tersekat-sekat.

Biarpun Aleesya perlu melalui proses pembelajaran, Erra mengakui tidak memaksa tahap keupayaan anaknya itu.

“Alhamdulillah. Slowly ada kemajuan. Cepat lah lancar wahai anak, alangkah indahnya bila lepas solat dapat dengar anakanda mengaji dengan lancar dan baik. Mudah mudahan. Amin. Selamat Malam semua,” tulisnya.

Ramai yang memuji kesungguhan Aleesya untuk belajar mengaji. Walaupun masih tak lancar tapi boleh dikira sebagai satu bacaan yang agak bagus untuk kanak-kanak seperti Aleesya.

Rata-rata Ia mendapat reaksi positif daripada netizen yang menganggap Erra seorang ibu yang pandai mendidik anak seimbang dunia dan akhirat.

Dalam pada itu, Ada juga yang memuji Aleesya pandai mengaji dengan tajwid dan sebutan yang betul. – Media Hiburan

Tags: Erra Fazira
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DAP Patut Diharamkan RoS – Bekas Tokoh DAP Melayu

Next Post

Taska Di Kawasan Terkesan Rabies, Berjaga-Jaga

Related Posts

“Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal” – Erra Fazira

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi ternama, Erra Fazira menjelaskan, dia tidak bernikah, jauh sekali bergelar isteri kedua kepada seorang...

Erra Fazira Selamat Dinikahkan

05/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Satu mesej Twitter Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hari...

Next Post

Taska Di Kawasan Terkesan Rabies, Berjaga-Jaga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd