• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Dara Amy Search Dari AS Datang Beraya

oleh
21/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMAI mungkin lebih mengenali aktres Nabila Huda sebagai anak rocker, Amy Search tetapi rupa-rupanya penyanyi itu ada lagi seorang anak perempuan di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Baru-baru ini sempena ulang tahun kelahiran ke-59 Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman pada 28 Julai depan, muncul kelibat seorang gadis sunti yang persis model itu menarik perhatian ramai netizen Instagram.

Wajahnya pun ada iras Nabila dan mesra dengan ahli keluarga Amy yang lain. Rupa-rupanya gadis berusia 20 tahun bernama Irisha Myra itu ialah anak Amy yang kini menetap dengan bekas isteri ketiganya di AS, Roslisa Ahmad.

Mereka yang pernah berkahwin pada 1995 kemudian bercerai pada 2000 lalu ketika Irisha masih kecil baru berusia tiga tahun. Sebelum itu, dua lagi isteri Amy ialah Faridah Fadzil (1983-1985) dan Norliza Abdul Latiff (1990-1994).

Rocker itu kemudian mengahwini isteri keempat, Norhasliza Hassan pada 2003. Selain Nabila Huda dan Irisha Myra, Amy turut memiliki anak yang bernama Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi.

Apa yang menarik, Irisha Myra mendapat pujian isteri Amy sekarang dan melalui media sosial apabila dia memuji gadis tersebut sebagai orang muda yang pandai membawa diri dan bersopan walaupun dibesarkan jauh di AS.

“Buat masa ini saya lihat Irisha lebih minat dalam bidang pelajarannya di Universiti Houston, jadi biarlah dia tentukan apa yang ingin dilakukan dalam kehidupan dan masa hadapannya,” jelas Amy kepada media tempatan.

Malah Amy luah rasa syukur kerana dapat bersama-sama Irisha Myra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dengan rakannya, Engku Emran dan pasangannya, Laudya Cynthia Bella. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Amy Search
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak RM64.2 Juta

Next Post

BNM Keluarkan Kertas Strategi Bagi VBI

Related Posts

Kostum, Pemegang Mikrofon Amy Search Di Hard Rock Desaru

01/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi rock legenda Amy Search terharu dan berbangga kerana salah satu koleksi kostum dan pemegang mikrofon miliknya...

Amy Search Sampaikan Ucapan Takziah

26/09/2019
0

VOKALIS kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, menyampaikan ucapan takziah di atas kembalinya pemain drama kumpulan itu,...

Next Post

BNM Keluarkan Kertas Strategi Bagi VBI

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd