• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Kebajikan Wujudkan Momen Perpaduan

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aktiviti kebajikan boleh mewujudkan momen  perpaduan bagi mengeratkan perpaduan rakyat negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata selain sukan, aktiviti kebajikan yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan’, wajar dijadikan platform memupuk perpaduan kaum.

“Jika sukan boleh menjadi satu medium yang boleh memupuk semangat perpaduan tidak kenal warna kulit, agama dan budaya, menolong orang susah pada saya juga momen perpaduan, kerana kita membantu sesiapa yang perlukan bantuan dan mendapat ganjaran. Kalau orang Islam, dapat pahala.

“Seperti majlis hari ini, semua bangsa datang bersama,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Pusat Jagaan Warga Emas Ti-Ratana di Desa Petaling di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalannya Datuk Loga Bala Mohan.

Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membina bangunan baharu pusat jagaan warga emas itu.

Katanya sumbangan tersebut tambahan kepada RM1 juta  yang diperuntukkan semasa pembinaan pusat kebajikan itu beberapa tahun lalu dan beliau berharap pihak yang berkemampuan turut dapat menghulurkan bantuan.

Kos keseluruhan pembinaan bangunan itu dianggarkan sebanyak RM12 juta dan sebelum sumbangan RM1 juta yang diumumkan perdana menteri hari ini, sebanyak RM4 juta telah  berjaya dikumpulkan.

Bangunan baharu itu yang dijangka siap dalam tempoh 13 bulan boleh menempatkan 180 warga emas.

Persatuan Kebajikan Ti-Ratana ketika ini menyediakan rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.  – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakkebajikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd