• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidilfitri: SADA Selesaikan 80% Gangguan Air

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Semua aduan pengguna mengenai gangguan bekalan air di Kedah sepanjang perayaan Aidilfitri ini dapat diselesaikan sehingga 80 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga dan Perumahan negeri Datuk Badrul Hisham Hashim berkata pelan kontingensi yang dirancang sebelum musim perayaan itu memberikan hasil positif dalam mengatasi gangguan air.

“Tahun ini adalah yang terbaik memandangkan persediaan awal kerajaan negeri dan Syarikat Air Darul Aman Sdn.Bhd (SADA) serta pelbagai agensi lain bagi menangani krisis air dengan efisien,”katanya  kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Kedah di Mentaloon di sini, hari ini

Beliau berkata pam penggalak yang dipasang di kawasan bertekanan air rendah, kekerapan agihan serta penambahan jumlah lori menghantar air dan penyerahan 1,000 tangki air kepada penduduk yang terjejas nyata banyak membantu menyelesaikan gangguan air berkenaan.

“Bagi kawasan yang masih mengalami masalah, kita minta bersabar kerana kami sedang menyelesaikannya dari semasa ke semasa dan secara berperingkat.

“Pada masa sama, kerajaan negeri menerima peruntukan khas kira-kira RM600 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk menangani isu bekalan air dalam tempoh jangka masa panjang,” katanya.

Badrul Hisham berkata kerajaan negeri juga akan membuka tender untuk menaik taraf lima loji sedia ada dan membina loji baharu di Pokok Sena dalam tempoh dua bulan lagi.

“Kita tidak mahu perkara ini dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Saya sudah mengarahkan SADA memberi taklimat kepada wakil-wakil rakyat pembangkang mengenai situasi ini,” katanya.

Sejak lima tahun lepas, kawasan Kota Setar, Pokok Sena, Kuala Nerang dan Pendang akan mengalami masalah bekalan air sebelum dan semasa Aidilfitri kerana penggunaannya meningkat sehingga 30 peratus berikutan ramai perantau pulang ke kampung menyambut lebaran. – BERNAMA

Tags: SADA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sada Henti Operasi Empat LRA

10/05/2022
0

Alor Setar : Operasi empat Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini terpaksa dihentikan berikutan kejadian runtuhan ban kanan Terusan...

Rakyat Kedah Diminta Bersabar Hadapi Krisis Air

07/05/2022
0

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor meminta rakyat negeri ini bersabar dengan masalah bekalan air yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd