• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Maslan Kongsi Resipi Baru Lepas Nasi Goreng

oleh AK-47
31/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA tahun selepas ‘Nasi Goreng GST’, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila kembali berkongsikan bakat memasaknya menerusi laman sosial.

Melalui posting yang dimuat naik di laman Twitter, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu berkongsikan resipi ringkas yang dinamakan ayam goreng terung pipit.

“Resepi asli: ayam goreng terung pipit..Campur bawang besar, bawang putih, halia, lada, secubit garam, minyak masak. Goreng hingga garing..👌,” tulisnya.

Sudah semestinya menu hidangan beliau itu disediakan secara kreatif dengan dua pinggan dihias kemas buat tatapan netizen.

Ternyata posting bukan bersifat politik itu berjaya menarik perhatian pengguna media sosial apabila menerima lebih daripada 300 perkongsian sejak dimuat naik pada Ahad.

Bagaimanapun ramai netizen sebenarnya lebih  tertarik dengan sesuatu yang berada di dapur Ahli Parlimen Pontian tersebut, sekali gus mengimbau postingnya beberapa tahun lalu.

Sekali lagi alat penyembur serangga diletakkan berhampiran tempat memasak hingga ia menimbulkan kebimbangan netizen kerana ia boleh membahayakan nyawa.

“Bahaya tu Datuk Seri. Dulu rasanya waktu masak nasi goreng timun, Datuk Seri buat benda yang sama juga,” tulis pengguna bernama @admtnmkrz.

Shahenigma7972 pula menulis, “Terung pipit tu sedap tapi jangan makan banyak sangat boleh mudarat. Cuba google kesan sampingan bahan dalam terung pipit.”

Terdahulu, posting ‘Chef Ahmad’ tentang kebolehannya menyediakan ‘nasi goreng campur resepi tiada GST’ telah tular pada Jun 2015.

Entri itu juga turut menunjukkan alat penyembur serangga diletakkan di atas meja yang hampir dengan dapur gas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Ahmad Maslannasi goreng
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SST: Kalau Rakyat Tahu Awal…

02/09/2018
0

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan PH tidak akan memenangi PRU14 sekiranya rakyat menyedari...

Ibu Ahmad Maslan Meninggal Dunia

24/04/2018
0

JOHOR BAHRU – Ibu kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan, Aminah Sabran, meninggal dunia di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd