• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Lawan Mesir Final Skuasy Remaja Dunia

oleh AK-47
30/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan skuasy remaja kebangsaan semakin menghampiri kejuaraan sulung mereka dalam Kejohanan Berpasukan Remaja Wanita Dunia WSF setelah melayakkan diri ke final kejohanan itu yang berlangsung di Tauranga, New Zealand, hari ini.

Anak didik jurulatih Andrew Cross itu mengalahkan pilihan ketiga, England 2-0, dalam perlawanan separuh akhir untuk menempah tempat ke perlawanan akhir esok menentang Mesir selaku juara bertahan, menurut laman web kejohanan www.wsfworldjuniors.com.

Dalam perlawanan menentang England yang diadakan di Devoy Squash and Fitness Centre, Malaysia selaku pasukan pilihan kedua, mendahului saingan selepas juara dua kali kejohanan Terbuka Remaja British, Aifa Azman mengalahkan Jasmine Hutton; 6-11, 12-10, 12-10 dan 11-6.

Juara Remaja Asia Bawah-19 2016, S. Sivansangari melengkapkan kemenangan bagi Malaysia dengan mengetepikan Lucy Turmel;11-8, 11-8 dan 11-4.

Sementara itu, Mesir, yang juga juara tujuh kali, menang selesa 3-0 ke atas juara 2005, Hong Kong, dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Sebagai rekod, Malaysia dan Mesir pernah berentap dalam final edisi 2007 di Hong Kong yang berkesudahan dengan kemenangan Mesir 2-0.

Empat belas pasukan mengambil bahagian dalam edisi tahun ini dengan Mesir mendahului cabaran dalam Kumpulan A bersama-sama New Zealand dan Australia manakala Malaysia diundi bersama-sama Jerman dan Kanada dalam Kumpulan B.

Juara lima kali England mengepalai cabaran dalam Kumpulan C bersama-sama India, Perancis dan Afrika Selatan manakala empat pasukan lagi — Hong Kong, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Ireland – dalam Kumpulan D.

Kejohanan itu adalah kesinambungan Kejohanan Skuasy Individu Remaja Dunia WSF yang berakhir di venue sama pada Isnin. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd