• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pelari Pecut Buru 1 Lagi Slot Acara 4x100M Lelaki

oleh AK-47
30/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prestasi tiga pelari pecut negara sedang dalam penilaian bagi mengisi satu lagi slot dalam acara 4x100m lelaki pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos ini.

Ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan, Zainal Abas bekata tiga calon berkenaan – Muhammad Haikal Hanafi, Nixson Kennedy dan Muhammad Aqil Yasmin, akan dipilih untuk melengkapkan gandingan Khairul Hafiz Jantan, Badrul Hisham Abdul Manap dan Jonathan Nyepa.

Beliau berkata antara ketiga-tiga pelumba itu, Nixson mempunyai catatan masa yang lebih baik iaitu 10.43 saat namun, Zainal menjelaskan bahawa dalam acara 4x100m, yang lebih penting adalah cara menukar baton.

“Jonathan, Badrul Hisham dan Khairul Hafiz merupakan tonggak bagi acara relay ini dan kita hendak cari seorang lagi untuk memantapkan lagi skuad 4x100m kita. Dari segi gandingan sewaktu di India, ialah Nixson selaku pelari pertama, di Vietnam pula adalah Muhammad Haikal ketika final.

“Kita akan lihat untuk SEA Games ini, siapa yang lebih menyerlah sama ada Haikal, Nixson atau Aqil bagi acara 4x100m.

“Pada masa ini jurulatih Mohd Poad (Md Kassim) dan jurulatih yang lain sedang mencari gandingan yang terbaik untuk mengisi slot itu. Apa yang penting adalah mencari keserasian antara pelumba ketika melakukan penukaran baton” katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum terbuka “Community Sports Hubs for All” di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Sementara itu, Zainal berkata rekod baharu kebangsaan yang dicipta semalam iaitu 39.62s, masih belum memadai untuk menandingi pencabar dari Thailand dan Indonesia.

Bagaimanapun, beliau berkata catatan itu memberi petanda yang baik bahawa kuartet negara mampu memberikan saingan sengit sekaligus menghadiahkan sebutir pingat buat kontinjen negara dalam acara olahraga.

Menurutnya, berdasarkan rekod tahun 2017, secara purata, kuartet Thailand mempunyai catatan masa terbaik 39.8s manakala Indonesia pula dalam lingkungan 39.9s.

“Kalau kita lihat daripada prestasi atlet kita, peluang ada untuk mereka mencabar kerana secara purata catatan masa tidak begitu jauh, 39.00s. Untuk rebut salah satu pingat, kita ada harapan.

Untuk rekod, Thailand memegang rekod Sukan SEA dalam acara 4x100m lelaki dengan catatan masa 38.95s yang dirakamkan pada temasya 2007 di Korat dan negara itu mengekalkanp ingat emas, dua tahun kemudian di Singapura dengan catatan masa 38.99s. – BERNAMA

Tags: OlahragaZainal Abas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pingat Emas Rayzam ‘Dirompak’ Akibat Keputusan Berat Sebelah

10/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil mendakwa pingat emas yang sepatutnya dimenangi jaguh...

Andre Anura Lebur Rekod Kebangsaan Berusia 12 Tahun

08/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Skuad olahraga negara membuka kempen Sukan SEA ke-30 di Filipina dengan pencapaian sederhana setelah sekadar mengutip...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd