• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beradik Buas Ditahan Kerana Mencabul

oleh Ahmad Albab
05/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Padah gagal mengawal nafsu, tiga beradik lelaki termasuk sepasang kembar direman bagi membantu siasatan kes mencabul kehormatan gadis berusia 16 tahun di Bandar Putra, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, tiga beradik lelaki berusia 19 hingga 21 tahun itu ditahan di bandar ini pada jam 11 pagi semalam.

Menurutnya, dalam kejadian jam 10 malam, mangsa yang sudah tidak bersekolah pergi ke rumah suspek untuk bertemu adik perempuan mereka atas urusan peribadi.

“Mangsa tidur di bilik rakan perempuannya sebelum dikejutkan seseorang jam 3 pagi. Suspek menghidupkan lampu sebelum mangsa melihat tiga lelaki berada di depannya dan seorang daripada mereka memberi amaran tidak menjerit.

“Suspek mengarahkan adik perempuan mereka yang juga tidak bersekolah tidak masuk campur sebelum mengajak mangsa mengadakan hubungan seks, tetapi ditolak,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini, semalam.

Menurutnya, berang permintaan mengadakan hubungan seks ditolak, lelaki berusia 21 tahun itu menampar mangsa berulang kali sebelum mengarahkan kedua-dua adik kembarnya memegang kaki gadis berkenaan dan meraba tubuh mangsa termasuk kemaluannya.

Katanya, gadis itu yang menangis ketakutan dilepaskan ketiga-tiga suspek sebelum mangsa menghubungi rakan perempuannya sambil memintanya datang.

“Apabila tiba di rumah suspek, rakan perempuan yang mahu menyelamatkan mangsa diugut dengan tukul besi oleh suspek berusia 21 tahun menyebabkan dia meninggalkan mangsa.

“Pada jam 6 pagi (semalam), mangsa pulang ke rumahnya di bandar ini selepas mendapati keadaan selamat dan memberitahu keluarganya perkara yang berlaku sebelum tampil membuat laporan di IPD Segamat.

“Bertindak atas laporan, polis mengesan ketiga-tiga suspek sebelum menahan mereka untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan Seksyen 354 kanun sama kerana mencabul,” katanya. – myMetro Online

Tags: kes cabulremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd