• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PABM 2017: 25 Layak Ke Pusingan Seterusnya

oleh AK-47
25/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM 2017) Piala Perdana Menteri yang telah memulakan tirainya pada awal pagi tadi menyaksikan seramai 25 peserta daripada tiga kategori layak untuk ke pusingan seterusnya.

Peserta dari Jepun, Australia, China, Azerbaijan, Uzbakistan dan Korea Selatan mengulangi kejayaan tahun lalu apabila terpilih ke suku akhir dalam pusingan awal kategori Antarabangsa, yang diadakan di Hotel RHR, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Peserta Suku Akhir PABM 2017 kategori Antarabangsa.

Mereka ialah Lisa Shimazaki yang mewakili negara matahari terbit, Emilia Lisa Sterjova dari Australia, Ma Xiao dari negara China, Nabiyya Zarbali dari Azerbaijan, manakala mewakili Uzbakistan, Rimajon Sotlikova dan gadis ceria dari Korea Selatan, Seok Da-Hye.

Turut mara ke peringkat suku akhir ialah Jan Benedikt Aspacher dari German, Ahmed Fikri Said (Mesir), Aurore Fejar Clemence Jeannot (Perancis) dan Raeef Abdullah Al-Tamimi dari Yaman.

Kesemua peserta diadili oleh juri panel hakim yang terdiri daripada pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Najwa Zawawi, pegawai Yayasan Orator, Ahmad Badrulhisam Che Kasim dan Alumni Debat IPT Malaysia, Sebghatullah Qazu Zada.

Bagi kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM) sebanyak 22 penyertaan diterima namun hanya 10 layak dipertandingkan ke peringkat suku akhir berdasarkan penilaian para juri terhadap teks pidato masing-masing sebentar tadi.

Peserta Suku Akhir PABM 2017 kategori PAM.

Mereka yang berjaya ke peringkat suku akhir antaranya ialah tiga wakil daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) iaitu Hassan Radwan Jamal Elatrash (Jordan), Nasert Yat (Kemboja) dan Abdul Matin (Afghanistan).

Selain itu, dua wakil daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Abdussalam Mikail (Nigeria) dan  Slamy Res (Kemboja) juga layak untuk ke pusingan seterusnya.

Manakala lima yang lain adalah Yep Hamtann (kemboja) dari Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), He Yuhai (China) dari Universiti Malaysia Pahang (UMP), Mohamed Mahad (United Kingdom) yang mewakili  Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan  Hannad Mohamed Yahia El-Tayeb (Sudan) dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Bagi kategori Alam Melayu, kedua-dua wakil dari Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan pada Rabu.

Peserta Separuh Akhir PABM 2017 kategori Alam Melayu.

Mereka ialah Noor Haqim Noor Hamiddon yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Muhammad Sharulnizam Md Roni juga dari jurusan yang sama di UIAM.

Menyusuli mereka ialah Ahmad Aidil Hadri dari Singapura dan dua wakil dari Thailand turut layak ke pusingan separuh akhir, Adeeya Seekaew-On dan Solahudin Ku-Teh.

Pertandingan suku akhir bagi kategori Antarabangsa dan PAM akan berlangsung pada Selasa dan hanya lima peserta bagi setiap kategori akan mara ke peringkat separuh akhir.

Manakala hanya tiga peserta akan berentap dalam tiga kategori bagi meraih piala pusingan dan wang tunai RM20,000 yang disediakan sebagai imbuhan bagi johan setiap kategori.

PABM memasuki edisi ke-11 penganjuran pada tahun ini dengan tiga kategori dipertandingkan.

Kemuncaknya akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Julai ini dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PABM 2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Konsert Ekspresi Felda Meriah Meletop!!!

Next Post

Umat Islam Perlu Bersatu Elak Diratah Pihak Asing

Related Posts

Penyertaan Kali Pertama Bawa Tuah – Lisa Shimazaki

27/07/2017
0

PUTRAJAYA - Minat mendalam terhadap bahasa dan budaya asing membawa tuah kepada peserta Jepun, Lisa Shimazaki apabila berjaya dinobatkan sebagai...

Peserta PABM Lawat Muzium Warisan Melayu UPM

27/07/2017
0

MESKIPUN jadual agak padat, para peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2017 tetap ceria ketika dibawa ke Universiti Putra...

Next Post

Umat Islam Perlu Bersatu Elak Diratah Pihak Asing

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd