• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Sahabat Lemas Di Pantai Kemasik, Kemaman

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Keghairahan sekumpulan empat sahabat bermain air di pantai Kemasik, Kemaman bertukar duka selepas dua daripada mereka ditemukan lemas  manakala dua lagi dapat diselamatkan oleh nelayan dalam kejadian lewat petang semalam.

Mayat Mohd Arif Hafiz, 9 dan Mohd Faiz Mohamad, 16 ditemukan pada 10.15 dan 10.30 malam masing-masing, tidak jauh dari tempat mereka dilaporkan hilang ketika mandi-manda di pantai itu.

Dua lagi rakan mereka, Taufik Irfan, 11 dan Mohd Dyany Azranie Mohd Ruddy, 10 berjaya diselamatkan oleh beberapa nelayan yang berada di kawasan berhampiran.

Ketua Zon II Bomba dan Penyelamat Terengganu Azmi Abdul Rahim berkata keempat-empat mereka dipercayai ke pantai berkenaan untuk mandi-manda pada 6.20 petang.

Bagaimanapun, mereka dilaporkan menghadapi masalah tidak lama kemudian sebelum dua daripada mereka tenggelam, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat yang dilancarkan kemudian menemukan Mohd Arif kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan hilang, manakala mayat Mohd Faiz ditemukan oleh pasukan skuba kira-kira 150 meter dari lokasi mereka mandi.

Mayat kedua-duanya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: lemasremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd