• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 BMW ‘Rempit’ 180km/j Di Laluan Had 50km/j

oleh
11/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Dua lelaki berjaya ditangkap pada Ahad lalu kerana disyaki menyertai perlumbaan haram di kawasan laluan awam di sini, menurut polis Singapura dalam satu kenyataan media.

Suspek yang masing-masing berusia 38 tahun dan 39 tahun, ditangkap selepas memandu kereta BMW milik mereka sendiri dengan kelajuan hampir mencecah 180 kilometer sejam walhal had di laluan itu ialah 50 kilometer sejam.

Insiden pelik tersebut dilaporkan berlaku di Lim Chu Kang Road yang menghala ke Jalan Bahar sejauh hampir 10 kilometer. Mereka berdua ditangkap oleh para pegawai polis trafik yang kebetulan berada di laluan tersebut.

Mengikut undang-undang Singapura, mereka yang didapati bersalah kerana menyertai perlumbaan haram boleh dihukum penjara paling lama enam bulan dan didenda antara S$1,000 (RM3,100) hingga S$2,000 (RM6,200).

Baca: Harga Kereta Di Singapura Paling MAHAL Di Dunia

Juga: Pemandu Singapura Mudah Marah Keadaan Jalan Raya

Lagi: Tawar Minyak Percuma Hadiah Pemandu Berbudi Bahasa

Pesalah berulang pula boleh dipenjara maksimum 12 bulan dan didenda hingga S$3,000 (RM9,300). Jika didapati bersalah atas dakwaan memandu secara berbahaya, boleh dijel sehingga 12 bulan dan didenda hingga S$3,000.

Bagaimanapun pesalah berulang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun dan didenda sehingga S$5,000 (RM15,500) manakala kenderaan digunakan mereka itu juga boleh dirampas oleh pihak berkuasa.

Media tempatan namun melaporkan memang berlaku peningkatan kes pemandu melebihi had laju ditetapkan setiap tahun sehingga ada sanggup ‘rempit’ di lebuh raya negara jiran yang lebih panjang jaraknya berbanding Singapura.

Dengan bentuk geografi yang kecil, republik tersebut cuma memiliki rangkaian lebuh raya sepanjang 161 kilometer selain 645 kilometer jalan utama dan 557 kilometer lagi jalan sambungan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Daphne Join Program Amal Vaseline Healing Project

Next Post

Arab Saudi Pusat Lambakan Senjata: Yaman Tenat!

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Arab Saudi Pusat Lambakan Senjata: Yaman Tenat!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd