• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Warga Asing Ditahan Dalam Op Mega

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 18 warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dalam ‘Op Mega’ sekitar kawasan Bukit Pinang dekat sini hari ini.

Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen negeri, Marlis Marhaini Abdul Rashid berkata mereka yang terdiri daripada 15 warga Nepal, dua (Bangladesh) dan seorang (Myanmar) itu ditahan secara berasingan dalam operasi yang bermula 11.30 pagi tadi.

“Dalam serbuan pertama di kilang memproses ayam di Kampung Bukit Pinang, kita membuat pemeriksaan terhadap 18 pekerja yang kebanyakan terdiri daripada warga Nepal.

“Hasil pemeriksaan mendapati enam lelaki Nepal tidak memliki dokumen perjalanan yang sah menyebabkan mereka ditahan,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi berkenaan.

Marlis Marhaini berkata dalam serbuan kedua di kilang memproses makanan ringan di Jalan Pinang Jaya, pihaknya menahan 12 lagi warga asing menerusi pemeriksaan terhadap 60 pekerja termasuk 30 pekerja warga tempatan.

“Sementara di lokasi ketiga melibatkan sebuah kilang memasang basikal, tiada tangkapan dilakukan kerana tiada warga asing bekerja di kilang tersebut,” katanya.

Beliau berkata kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 45 tahun itu dibawa ke Pejabat Imigresen di Anak Bukit untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen di Belantik, Sik.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pas yang sah dan di bawah peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.

Marlis Marhaini berkata 14 anggota terlibat dalam operasi yang masuk hari kedua itu bagi mengesan warga asing yang tidak memiliki dokumen yang sah serta majikan yang menggaji pendatang asing setelah tempoh pendaftaran E-Kad berakhir 30 Jun lepas.

“Imigresen Kedah akan terus melakukan pemeriksaan di semua premis perniagaan, ladang-ladang serta di tapak-tapak pembinaan bagi mengesan pendatang asing tanpa izin yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya. – BERNAMA

Tags: warga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd